PETRONAS

(News) PETRONAS runding beli saham Amplus Energy

Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) dilaporkan sedang berunding dengan I Squared yang berpangkalan di New York bagi membeli saham majoriti dalam Amplus Energy Solutions Pvt. Ltd. (Amplus Energy) satu daripada pengeluar tenaga suria terbesar di India bagi potensi perjanjian bernilai kira-kira 27 bilion rupee (RM1.55 bilion).