(Hadith) BACAAN APABILA BEREDAR DARI SESUATU MAJLIS

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam telah bersabda:

مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ:

“Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis kemudian terjadi riuh rendah dan pergaduhan, lalu sebelum dia beredar dari majlis tersebut, dibacanya:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إلّا أَنتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيكَ

“Maha Suci Engkau ya Allah, segala puji bagi-Mu, aku bersaksi tiada Tuhan melainkan-Mu, aku memohon ampun dan taubat kepada-Mu”,

إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي مَجْلِسِهِ ذَلِكَ

Melainkan dia akan mendapat keampunan daripada apa yang terjadi pada majlis tersebut.”(Riwayat al-Tirmizi dan lainnya).

Imam al-Tirmizi menyatakan hadis ini hasan sahih.

BACAAN APABILA BEREDAR DARI SESUATU MAJLIS

More on Product Reviews

Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Menghadiri Majlis Walimah

عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا

“Dari Ibnu Umar dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu dijemput ke majlis kenduri perkahwinan, maka hadirilah.” (HR. Bukhari No: 5173). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Ulama bersepakat bahawa wajib menghadiri kenduri kahwin apabila dijemput jika majlis kenduri itu tidak bercampur aduk dengan maksiat.

Abu Hurairah mengatakan,

شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الأَغْنِيَاءُ ، وَيُتْرَكُ الْفُقَرَاءُ ، وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ – صلى الله عليه وسلم –

Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin ialah kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya, dan tidak dijemput orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuhi jemputan maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya SAW. (HR Bukhari No: 5177).

Syarat-syarat yang menjadikan seseorang wajib menghadiri kenduri kahwin:

  • Jemputan tidak dikhaskan kepada orang-orang kaya sahaja
  • Jemputan itu memang ditujukan khas kepada kita (bukan jemputan umum contohnya hanya diumumkan imam selepas solat untuk para jamaah
  • Yang menjemput itu adalah Muslim
  • Yang dijemput tidak mempunyai keuzuran seperti sakit dan sebagainya

Haram menghadiri kenduri kahwin yang diisi dengan perkara maksiat. Akan tetapi jika seseorang mampu mengubah maksiat itu agar berhenti dengan kehadirannya, hendaklah dia hadir. Sebahagian ulama berpendapat boleh hadir kerana bukan kita yang melakukan maksiat itu.

Ulama berbeza pendapat tentang hukum memenuhi jemputan kenduri selain majlis perkahwinan. Di sisi mazhab Syafie, hukum memenuhi jemputan kenduri selain perkahwinan adalah tidak wajib.

Tunaikan jemputan walimah jika tiada sebarang keuzuran syarie.