(Q&A) Hukum datang Jemputan Kenduri Kahwin

Salam ust
Apa hukum menghadiri jemputan umum walimah?

Photo by Terje Sollie on Pexels.com

Jawapan kami;

Hukum mengadakan walimatul urus ialah sunat muakkad berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdurrahman bin ‘Auf radhiallahu anhu, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

أَوْلِمْ وَلَوْبِشَاةٍ.

“Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manakala hukum memenuhi jemputan walimatul urus pula ialah wajib.

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

وَلِيمَةُ الْعُرْسِ سُنَّةٌ وَفِي قَوْلٍ أَوْ وَجْهٍ وَاجِبَةٌ وَالْإِجَابَةُ إلَيْهَا فَرْضُ عَيْنٍ

“Mengadakan walimatul urus hukumnya ialah sunat dan di sisi satu pendapat hukumnya ialah wajib. Manakala memenuhi undangan walimatul urus pula hukumnya ialah wajib…”

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar radhiallahu anhuma, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيْمَةِ فَلْيَأْتِهَا

“Apabila seseorang daripada kamu diundang ke walimah, maka hendaklah dia menghadirinya.”(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud).

Walau bagaimanapun, kewajipan menghadiri walimatul urus tersebut tertakluk kepada sekurang-kurangnya 20 syarat.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

  • Tuhfah al-Muhtaj
  • Nihayah al-Muhtaj
  • Mughni al-Muhtaj
  • Hasyiah al-Qalyubi
  • Hasyiah al-Bujairimi
  • Hasyiah al-Syarqawi
  • Hasyiah al-Baijuri
  • Al-Taqrirat al-Sadidah

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel


More Book Reviews


Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”


Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?

Tips

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.

Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.

Sungguh,

Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.

Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.

Sumber: Menjawap kemusykilan agama

Menghadiri Majlis Walimah

عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا

“Dari Ibnu Umar dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu dijemput ke majlis kenduri perkahwinan, maka hadirilah.” (HR. Bukhari No: 5173). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Ulama bersepakat bahawa wajib menghadiri kenduri kahwin apabila dijemput jika majlis kenduri itu tidak bercampur aduk dengan maksiat.

Abu Hurairah mengatakan,

شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الأَغْنِيَاءُ ، وَيُتْرَكُ الْفُقَرَاءُ ، وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ – صلى الله عليه وسلم –

Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin ialah kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya, dan tidak dijemput orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuhi jemputan maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya SAW. (HR Bukhari No: 5177).

Syarat-syarat yang menjadikan seseorang wajib menghadiri kenduri kahwin:

  • Jemputan tidak dikhaskan kepada orang-orang kaya sahaja
  • Jemputan itu memang ditujukan khas kepada kita (bukan jemputan umum contohnya hanya diumumkan imam selepas solat untuk para jamaah
  • Yang menjemput itu adalah Muslim
  • Yang dijemput tidak mempunyai keuzuran seperti sakit dan sebagainya

Haram menghadiri kenduri kahwin yang diisi dengan perkara maksiat. Akan tetapi jika seseorang mampu mengubah maksiat itu agar berhenti dengan kehadirannya, hendaklah dia hadir. Sebahagian ulama berpendapat boleh hadir kerana bukan kita yang melakukan maksiat itu.

Ulama berbeza pendapat tentang hukum memenuhi jemputan kenduri selain majlis perkahwinan. Di sisi mazhab Syafie, hukum memenuhi jemputan kenduri selain perkahwinan adalah tidak wajib.

Tunaikan jemputan walimah jika tiada sebarang keuzuran syarie.

Berkahwin dengan sepupu ibu?

Adakah saya boleh berkahwin dengan sepupu ibu saya?

Jawapan: Sepupu ibu adalah bukan mahram dan boleh berkahwin sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 50:

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; – supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzaab 33:50)

Sumber : menjawap kemusykilan agama

Hukum Bekahwin Lain Kerana Sangka Suami Meninggal Dunia

SOALAN :

Seorang suami hilang dalam tempoh yang lama (mafqud) sehingga isteri menganggapnya sudah meninggal dunia. Maka itu, dia pun berkahwin lain dan mempunyai anak hasil perkahwinannya itu. Namun begitu, selepas beberapa tahun, suami pertama muncul kembali. Apakah yang harus dilakukan?

JAWAPAN :

Untuk situasi ini, suami pertama mempunyai hak untuk membiarkan si isteri dengan suaminya yang baru atau meminta isteri untuk kembali kepadanya. Sekiranya dia memilih untuk membiarkan isteri dengan suaminya yang baru, maka akad antara si isteri dengan suami baru dikira sah.

Namun begitu, jika dia mahu isterinya untuk kembali kepadanya, maka isterinya harus akur dengan kehendaknya. Namun demikian, dia tidak bersetubuh dengan isterinya sehingga tamat tempoh edah dengan suami kedua. Mereka tidak perlu membuat akad nikah yang baru. Anak hasil perkahwinan wanita tersebut dengan suami keduanya adalah anak yang sah dan dianggap sebagai keturunan ayahnya kerana akad yang mereka lakukan adalah sah dan layak.

Source: Menjawap Kemusyikalan Agama