Adab kat mana? Teguran Jabatan Mufti Kerajaan N9

ADAB AIDILFITRI : JANGAN MENGHINA HADIAH PEMBERIAN SESEORANG WALAUPUN HANYA KUKU KAMBING

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

يا نساء المسلمات ! لا تحقرن جارة لجارتها، ولو فرسن شاة.

“Wahai wanita-wanita muslimat! Janganlah seorang jiran wanita menghina (hadiah atau pemberian) jirannya, walaupun hanya kuku kambing “

Hadis ini bermaksud janganlah dia memperkecilkan pemberian jirannya sehingga sanggup menolaknya walaupun pemberian itu hanyalah berupa firsin, iaitu bahagian pergelangan kaki ke bawah di kaki hadapan kambing. Pendapat lain mengatakan firsin ialah tulang yang kurang daging. Ataupun maksudnya ialah janganlah seseorang itu merasa rendah diri hingga perasaan itu menghalang untuk dia menghadiahkannya kepada jiran. Sebaliknya hendaklah dia tetap menghulurkannya kerana cara ini akan mengeratkan kemesraan.

Hadis riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w bersabda:

لو دعيت ألى ذراع أو كراع، لأجبت. ولو أهدي إلى ذراع أو كراع، لقبلت.

“Jikalau saya dijemput untuk makan lengan atau betis (kambing dan sebagainya), nescaya saya akan menyahut jemputan itu. Jikalau lengan atau betis (kambing dan sebagainya) dihadiahkan kepadaku, nescaya saya akan menerimanya.

Semoga masyarakat Islam terhindar daripada gejala tidak sihat ini.

Hari raya sebenar

Sayyidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata:
“Hari raya bukanlah bagi orang yang mempunyai pakaian baru. Namun hari raya yang sebenarnya hanyalah bagi mereka yang ketaatannya semakin bertambah. Hari raya bukanlah bagi orang yang bermegah-megah dengan pakaian dan kendaraan. Namun hari raya hanyalah bagi orang yang dosanya mendapat pengampunan dari Allah.”

Amalan Di Hari Raya

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, “Pada hari Raya Aidil kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut.” (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hari Raya Aidil Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2. Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin.

3. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid)

Antara amalan lain Rasulullah SAW di pagi hari raya

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya.” (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Saling bersedekah itu sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuk pemberian duit raya kepada orang yang lemah dan kanak-kanak.

Sumber

https://t.me/ahadithadayAHAD