(Hadith) Rahmah

Rahmah Kepada Semua

Photo by June Intharoek on Pexels.com

عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ , أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” لن تُؤْمِنوا حتى تَراحموا قالوا يا رسولَ اللهِ كُلُّنا رحيمٌ قال إنه ليس برحمةِ أحدِكم صاحِبَه ولكنَّها رحمةُ الناسِ رحمةُ العامَّةِ

Daripada Abu Musa al-Asyari, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kamu tidak dikira beriman sehingga kamu berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabah berkata: Wahai utusan Allah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda: “(Maksud aku) bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap kawannya, tetapi rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah secara umum” (Riwayat al-Haythami dalam Majma’ al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7418. Status: Hasan Lighairihi dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 2253)

Pengajaran:

  1. Sifat mengasihi dan menyayangi perlu dimiliki oleh seorang Muslim
  2. Sifat rahmah dengan menyayangi dan mengasihi bukan hanya sesama Muslim sahaja malah juga kepada bukan Islam serta semua makhluk.
  3. Sifat saling menyayangi dihubungkan dengan keimanan seseorang. Tidak sempurna iman jika kita tidak memiliki sifat rahmah kepada sesama makhluk.
  4. Suburkanlah sifat rahmah dengan saling sayang menyayangi bukan hanya sesama Muslim malah berlaku rahmah kepada bukan Islam dalam usaha menyebarkan dakwah. Semoga sifat rahmah yang kita tunjukkan akan menjadi penyebab mereka cenderung kepada Islam.
  5. Sifat kasih sayang yang ada pada diri seseorang akan menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain.


Sumber – https://t.me/ahadithadayAHAD


More Book Reviews


Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”


Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

(Hadith) Mengasihi Akan Dikasihi

Photo by Pixabay on Pexels.com

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

Bahawa Abu Hurairah RA berkata; “Rasulullah SAW pernah mencium Al-Hasan bin Ali sedangkan di samping baginda ada Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata; “Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda: “Barang siapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi.” (HR Bukhari No: 5538) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Setiap kita wajib memiliki sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain khususnya kepada anak-anak kecil.
  2. Satu daripada cara mengasihi dan menyayangi anak-anak kecil adalah mencium dengan penuh kasih sayang seperti Rasulullah SAW mencium cucunya Saidina Hassan.
  3. Belailah dan kasihilah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang.
  4. Sesiapa yang tidak memiliki sifat untuk mengasihi orang lain, sesungguhnya Allah tidak akan mengasihinya.

Bersifat rahmahlah kita dengan mengasihi anak-anak, menyayangi ahli keluarga dan orang di sekeliling kita nescaya Allah akan mengasihi kita.

Sumber – https://t.me/ahadithadayAHAD


More Book Reviews


Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”


Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

(Hadith) Buat Ini Untuk Dikasihi Allah

Photo by Pixabay on Pexels.com

Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah

سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Dari Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih” (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim
  2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.
  3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.
  4. Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
  5. Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan maki hamun dilaman sosial.

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.

Sumber – https://t.me/ahadithadayAHAD

More Book Reviews


Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”


Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

(Hadith) Sayang-menyayangi

Sayangi Manusia Lain

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

Dari Jarir bin Abdullah RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia.” (HR Bukhari No: 6828) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.
  2. Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih

  1. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya
  2. Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim agar kita sentiasa disayangi.
  3. Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama kita juga kaum dan bangsa lain. Jadikanlah perbezaan bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan dakwah.
Sumber – https://t.me/ahadithadayAHAD

More Book Reviews


Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”


Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

(Hadith) Sayang yang muda, Hormati yang tua

Sayangi Yang Muda Hormati Yang Tua

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يَرْوِيهِ قَالَ ابْنُ السَّرْحِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيَعْرِفْ حَقَّ كَبِيرِنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Dari Abdullah bin Amru ia meriwayatkan; Ibnu As Sarh berkata; dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa yang tidak menyayangi anak kecil di antara kami dan tidak mengenal hak orang tua di antara kami, maka ia bukan dari golongan kami.” (Abu Daud No: 4292) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Islam mengajar umatnya saling menyayangi dan menghormati orang lain.
  2. Sayangi orang yang lebih muda dari kita dan hormati yang lebih tua.
  3. Antara cara menghormati orang tua adalah

a. Memanggil dengan gelaran serta panggilan yang baik
b. Bercakap dengan sopan santun
c. Berjalan dibelakang atau di sisi bukan dihadapan orang tua
d. Meminta laluan jika melintasi orang tua
e. Jika dinasihati, dengar dengan baik walaupun kita mungkin tidak bersetuju
f. Jika ingin menasihati, gunalah saluran yang betul serta menjaga adab yang baik seperti penggunaan bahasa yang beradab.

  1. Antara cara menyayangi yang muda adalah:

a. Memberi contoh yang baik
b. Menasihatkan dengan cara yang baik jika dia melakukan kesalahan atau kesilapan
c. Ajarlah serta bimbing mereka dengan cara yang terbaik
d. Jangan mengherdik atau memaki hamun jika dia melakukan kesilapan
e. Hargailah sesuatu yang telah dilaksanakan walaupun kecil
f. Elak dari merendah dan meremehkan apa yang dilakukan oleh mereka

  1. Rasulullah SAW tidak mengaku sebagai umatnya kepada orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua.

JOM sayangi yang muda dan hormati yang tua.

credit : https://t.me/ahadithadayAHAD


Read more on
Recommended Social Media Marketing Guides

If you’re interested in starting to make money online or even starting a blog. Please read How to start a Blog.

“Start testing immediately. A little bit of something is better than a whole lot of nothing.”

(Hadith) Kasihi yang muda, Hormati yang tuan

Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar.” (HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan

Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ

Dari Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar.” (HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

  1. Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah dan Adab seorang Muslim.
  2. Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ

“Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua” (HR. Ahmad No:1555)

  1. Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:

كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ

“Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu” (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami’ li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami’, no: 249)

  1. Untuk menjadi orang yang bersama Rasulullah, kita perlu berperanan berdakwah ditengah-tengah masyarakat iaitu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran.

Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan menghormati orang yang lebih tua dari kita, menyayangi yang muda serta berusaha mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sumber: https://t.me/ahadithadayAHAD