3 Pintu ke Neraka

Ada tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.

Ada tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.

Pintu pertama

Adalah pintu syubhat. Pintu syubhat ini membuatkan kita berada dalam keraguan. Ragu dengan Allah SWT. Ragu dengan nabi SAW. Ragu dengan Islam dan lain-lain.

Pintu kedua

Ialah pintu syahwat. Pintu syahwat ini membuatkan manusia mengutamakan nafsu dan kehendak diri daripada kehendak Allah dan rasul. Tidak peduli halal dan haram janji nafsunya dapat dipuaskan. Tidak risau jika tidak dapat redha Allah SWT.

Pintu ketiga

Adalah pintu ghodhob (amarah). Pintu ini membuatkan manusia hilang pertimbangan, membuatkan manusia berkelahi dan bermusuhan sesama sendiri.

Jauhilah tiga pintu yang menjerumuskan kita ke dalam neraka Allah SWT. Sesungguhnya panas neraka Allah itu tidaklah dapat kita bayangkan.