Hi, the share button is at the bottom. :)
Advertisements

Larangan Memudaratkan Orang Lain

Matan Hadith

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ سَعَدْ بْنِ سِنَانِ الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلَّمَ قَالَ : لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Daripada Abu Sa’id, Sa’ad bin Sinan Al Khudri RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang mencelakakan (mudarat) dan tidak boleh memudaratkan orang lain“ (HR Ibnu Majah No: 2340) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

  1. Islam sangat mementingkan keselamatan peribadi dan orang lain.
  2. Termasuk sesuatu yang memudaratkan dan haram adalah sesuatu yang berbahaya, seperti manghisap rokok, mengambil dadah, pil kuda dan lain-lain
  3. Islam menolak sebarang bentuk kemudaratan juga perbuatan membalas kemudaratan kepada orang lain.
  4. Suatu prinsip utama dalam kehidupan ini adalah jangan mencari mudarat dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. la bertujuan menjaga kesejahteraan umat manusia keseluruhannya sama ada muslim atau bukan muslim.
  5. Seorang mukmin dilarang mencari mudarat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain.
  6. lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudarat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis

Tags:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: