Advertisements

Haram bermasam muka dengan sesama muslims lebih dari 3 hari

Meninggal Dunia Dalam Keadaan Tidak Bertegur Sesama Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَمَنْ هَجَرَ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَمَاتَ دَخَلَ النَّارَ .

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot (tidak bertegur / bermasam muka) saudaranya lebih dari 3 hari. Siapa yang memboikot saudaranya lebih dari 3 hari, kemudian dia meninggal maka dia masuk neraka.”

(Sunan Abu Daud No:4914) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat, kita saling berhubung antara satu sama lain, saling tegur menegur, bertolong bantu dalam suasana berkasih sayang.
  2. Kita dilarang memusuhi dan memboikot saudara Muslim kita hanya kerana kita berbeza pandangan, kumpulan atau disebabkan amarah.
  3. Barang siapa memusuhi dan memboikot saudara Muslim yang lain bukan atas sebab yang dibenarkan oleh syarak lebih daripada 3 hari dan kemudian dia meninggal dunia maka dia boleh menjadi penyebab masuk ke dalam neraka.
  4. Waliyud Did Al-Iraqi menyatakan, larangan dalam hadis di atas, berlaku untuk boikot yang muncul kerana marah dalam masalah yang harus, tidak ada kaitannya dengan agama. Adapun boikot kerana maslahah agama, seperti kerana maksiat atau bid’ah, hukumnya tidak terlarang. Nabi SAW memerintahkan untuk memboikot Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi’. (Tharhu At-Tasrib, 8/353)
Gearbest coupon
GearBest Coupon ! Upto 50% off!
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis

Tags: ,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: