Advertisements

Susah… Banyak sangat Syaitan.. Adakah saya diberikan pengecualian?

Disini marilah kita membincang tentang satu soalan menarik yang ditanyakan kepada Ustaz Nouman Ali Khan. Ianya merupakan mengajaran yang penuh makna bagi kita di zaman serba moden yang penuh dengan fitnah ini.

Seorang pemuda bertanyakan kepada beliau…

“Saya pergi ke kampus dan ada ramai gadis di sekeliling saya. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya menghadapi banyak ujian dan saya tidak dapat menahan diri. Syaitan senantiasa berada di sekeliling saya. Adakah ada pengecualian untuk saya?”

Jawapan beliau …

“Pemuda kahfi turut dikelilingi dengan ujian yang jauh lebih berat yang menggugat akidah mereka. Namun, mereka belajar untuk memahami hakikat bahawa diri mereka adalah lemah. Hakikatnya kita tidak berdaya untuk membantu diri kita sendiri. Allah SWT jua lah yang memberikan segala perlindungan.”

Oleh itu, pemuda Kahfi berdoa kepada Allah SWT…

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا – 18:10

 “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”

Atau dalam bahasa melayu,

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

Selepas itu, Allah SWT mengilhamkan mereka supaya berlindung di dalam gua. Mereka terus menuju ke gua itu untuk berlindung. Allah SWT menutup telinga mereka lalu menidurkan mereka. Selama lebih 300 tahun berlalu sebelum mereka bangun dari tidur mereka itu.

Sesungguhnya, Allah lah yang Maha Kuasa lagi Maha Penyanyang.

Nota kaki –

Antara pengajaran yang kita boleh ambil dari artikel ini adalah, kita adalah lemah dan tiadalah kekuatan bagi kita melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Oleh itu, senantiasalah kita ingat untuk memohon kekuatan dari Allah SWT dalam segala hal.

Reading notes from – Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan
Advertisements


Categories: Islam

Tags: , , ,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: