Advertisements

رَجْمًا بِالْغَيْبِ – membaling batu dalam kegelapan.

رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ …- 18:22 …

Allah sering mengkritik kata-kata manusia yang bodoh dan tidak masuk akal. Kata-kata bodoh dan tidak masuk akal disini merujuk kepada perkataan yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita.

Contoh…

Mereka berkata, “Bilakah hari pembalasan?” . Di ayat lain, mereka berkata, “Dia (Nabi Muhammad) seorang ahli sihir.”

Allah SWT masukkan kata-kata tersebuk yang menunjukkan kebodohan mereka di dalam al-Quran sebelum menjawap pertanyaan dan kata-kata mereka dengan penuh hikmah.

Oleh itu, apabila ada ayat yang bermula dengan frasa ‘mereka berkata’, ini mungkin sebagai isyarat Allah SWT tidak menyukai orang-orang tersebut. Allah menceritakan kisah menakjubkan ini (pemuda kahfi) untuk kita ambil pengajaran daripadanya.

Namun malangnya, perkara pertama yang biasa dipersoalkan apabila membicarakan tentang cerita pemuda kahfi adalah pertikaian bilangan pemuda itu. Allah SWT menghuraikan perbuatan mereka yang cuba meneka bilangan pemuda itu dengan satu frasa, ” رَجْمًا بِالْغَيْبِ ” , membaling batu ke dalam kegelapan.

Ayat al-Quran ini menggambarkan suatu situasi agar kita mempunyai kefahaman yang lebih baik. Allah SWT menggambarkan mereka seperti orang yang memegang segenggam batu dalam kegelapan. Mereka membaling batu-batuan itu dengan harapan ia akan mengenai sasaran.

Namun demikian, mereka tidak nampak sasaran itu dalam keadaan gelap. Maka, mereka pun membaling batu ke semua arah. Maka, apa yang tidak kena dengan perbuatan itu?

Pertama

Perbuatan itu dilihat sebagai suatu yang tidak masuk akal kerana membaling batu dalam kegelapan tanpa mengetahui sasarannya.

Kedua

Kemungkinan batuyang dibaling semberono itu akan mengenai seseorang dan menyakitinya.

Ketiga

Hatta sekiranya batu mengenai sasaran sekalipun, pembaling itu tetap tidak akan mengetahui batu itu telah mengenai sasaran. Situasi ini adalah serupa apabila kita membuat tekaan terhadap bilangan pemuda kahfi itu.

Yang kita perlu faham, apakah faedah yang kita bakal peroleh sekiranya kita mengetahui jawapan kepada soalan bilangan pemuda kahfi itu? Tiada faedah pun. Tidak memberikan manfaat kepada kita kerana ianya tidak ada kena mengena dengan objektif kisah tersebut.

Jadi, apabila kita bertanyakan sesuatu, fikirkan dulu, apakah faedah soalan kita itu kepada diri kita sendiri?

Sumber – Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan
Advertisements


Categories: Islam

Tags: , , , ,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: