Advertisements

Islam manakah yang paling baik?

Hadith

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; “Islam manakah yang paling baik?” Nabi SAW menjawab: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.

(Sahih Bukhari No: 12) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Ini adalah merupakan salah satu dari tuntunan adab seorang Muslim yang digalakkan Rasullulah SAW, iaitu:

  • Memberi makan
  • Mengucapkan salam kepada semua Muslim, samada kamu kenal atau pun tidak

Amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sambil menguatkan lagi syiar Islam.

Selamat Beramal 🙂

Advertisements
Advertisements

Advertisements


Categories: Islam

Tags: ,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: