Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca Al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.

b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh Al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a. Menjaga solat tarawih dan pergi awal kemasjid

Bersungguh untuk berada di saf paling hadapan di masjid dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Iktikaf

Usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadan beriktikaf dimasjid. Ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu maghrib sehingga tamat solat tarawikh.

c. Perbanyakkan doa

“Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar”, doa untuk diri dan keluarga, juga untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan diseluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka, melegakan musibah mereka

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

27hb Mei 2019
22hb Ramadan 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Author: Aarif Billah

Those who matters would know, and those doesn't know won't matter

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.