Berbuka Dengan Rotab atau Tamar

Photo by Dana Tentis on Pexels.com

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ

Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu ‘Isa berkata, ini merupakan hadits hasan gharib. Abu ‘Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air. (Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib
  2. Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah)
  3. Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)
  4. Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air
  5. Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)
  6. Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air.
  7. Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan 45% fruktosa.
  8. Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi fructose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga.

Sumber : https://t.me/ahadithadayAHAD

Author: Aarif Billah

Those who matters would know, and those doesn't know won't matter

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.