Bacaan wajib tahiyat akhir

Soalan:

Assalamualaikum , saya nak bertanya mengenai bacaan tahiyat akhir , yang mana wajib baca?

Jawapan:

Terdapat beberapa riwayat hadis tentang lafaz-lafaz tahiyat akhir. Namun, lafaz tahiyat yang paling ringkas ialah:

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ سَلَامٌ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ سَلَامٌ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِيْنَ أَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللَّهِ

“Segala penghormatan hanya bagi Allah. Selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan segala keberkatan-Nya. Selamat sejahtera juga ke atas kami dan semua hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad utusan Allah.”

Walau bagaimanapun, menurut Imam Syafi’i dan para ashab, lafaz tahiyat yang paling afdal ialah lafaz yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, iaitu:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.

“Segala penghormatan yang berkat, solat dan amal soleh hanya bagi Allah. Selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan segala keberkatan-Nya. Selamat sejahtera juga ke atas kami dan semua hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad utusan Allah.”
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

Al-Majmuk

Ustaz Alyasak Berhan
Sumber: Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: t.me/usrah_solat_MSO

Advertisements


Categories: Hukum, Islam, Q&A, Tazkirah

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: