Benteng fitnah Dajjal

AMALKAN 10 AYAT AWAL DAN 10 AYAT AKHIR DARIPADA SURAH AL-KAHFI SEBAGAI BENTENG DARIPADA FITNAH DAJJAL.

1) Hafaz 10 ayat awal Surah al-Kahfi.

Diriwayatkan daripada Abu Darda’ radhiallahu anhu, dia berkata bahawa Nabi sollallahu alaihi wa sallam bersabda :

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

“Barangsiapa menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi, nescaya akan dipelihara daripada (fitnah) dajjal.”(Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasaei dalam Sunan Kubra).

Diriwayatkan daripada al-Nawwas bin Sam‘an radhiallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah sollallahualaihi wa sallam bersabda :

فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ، فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ

“Barangsiapa di antara kamu mendapati zamannya (dajjal), maka bacakan ke atasnya pendahuluan (awal) Surah al-Kahfi.”(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaei dalam Sunan Kubra).

2) Baca 10 ayat akhir Surah al-Kahfi.

Diriwayatkan daripada Abu Darda’ radhiallahu anhu, dia berkata bahawa Nabi sollallahu alaihi wa sallam bersabda :

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ الْكَهْفِ، عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

“Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada akhir Surah al-Kahfi, nescaya akan dipelihara daripada fitnah dajjal.”(Riwayat Ibn Hibban dan Ahmad).

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu anhu, dia berkata, Nabi sollallahu alaihi wa sallam bersabda :

وَمَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِهَا،ثُمَّ خَرَجَ الدَّجَّالُ لَمْ يُسَلِّطْ عَلَيْهِ

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat daripada akhirnya (Surah al-Kahfi), kemudian dajjal keluar, nescaya ia (dajjal) tidak akan dapat menguasainya (pembaca).”(Riwayat al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Nasaei dalam Sunan Kubra. Ia dinilai sahih oleh Imam al-Hakim atas syarat Imam Muslim dan dipersetujui oleh Imam al-Zahabi).

Imam al-Nawawi berkata :

“Dikatakan sebab yang demikian itu adalah kerana di awal surahnya terkandung perkara-perkara yang menakjubkan dan tanda-tanda kekuasaan Allah Taala. Justeru, sesiapa yang mentadabburkannya, nescaya dia tidak akan terkena fitnah dajjal. Begitu juga yang terdapat pada 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi;

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ

“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil (hamba-hamba Ku menjadi penolong selain Aku)”(Surah al-Kahfi : 102).”

Mudah-mudahan kita terpelihara daripada fitnah dajjal tersebut.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-dajjal.”(Riwayat Muslim).

PERINGATAN:

a) Menurut pengiraan ulama Hijazi (Madani Awwal, Madani Akhir dan Makki), sepuluh ayat terakhir ini bermula dari ayat:

وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا
(Surah al-Kahfi ayat 100).

b) Menurut pengiraan ulama Syami (Dimasyqi dan Himsi) dan Iraqi (Basri dan Kufi) pula, sepuluh ayat terakhir ini bermula dari ayat:

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا
(Surah al-Kahfi ayat 101).

Justeru, saya berpandangan bahawa adalah lebih cermat pendapat yang pertama (Hijazi) di atas diamalkan demi untuk meraikan perbezaan kiraan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi ini. Sekaligus, kedua-dua perbezaan ini dapat dirangkumkan.
اليسع
Wallahu a’lam.

Sumber

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Islam, Tazkirah

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: