Rumah Jauh Dari Masjid Banyak Pahala

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتْ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ فَقَالَ يَا بَنِي سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ

Dari Jabir bin Abdullah katanya; “Di sekitar masjid ada beberapa bidang tanah yang masih kosong, maka Bani Salamah berhasrat untuk pindah berdekatan masjid. Ketika berita ini sampai ke telinga Rasulullah SAW, baginda bersabda; “Telah sampai berita kepadaku bahawa kalian ingin pindah berdekatan masjid.” Mereka menjawab; “Benar wahai Rasulullah, kami memang ingin seperti itu.” Baginda lalu bersabda: “Wahai Bani Salamah, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat.” (HR Muslim No: 1068) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Melaksanakan solat fardu berjemaah di masjid bagi lelaki adalah suatu yang dituntut bagi setiap Muslim sebagai tanda pengimarahan masjid.
  2. Semakin jauh rumah daripada masjid bererti semakin besar pengorbanan yang dilakukan oleh orang beriman menuju ke masjid serta semakin banyak pahala diperolehi.
  3. Rasulullah SAW melarang sahabat yang telah memiliki rumah jauh daripada masjid untuk berpindah ke kawasan yang berdekatan masjid. Yang pastinya, dia tetap datang ke masjid untuk solat berjemaah.
  4. Rasulullah SAW mengulang dua kali menunjukkan penegasan mengingatkan Bani Salamah agar tidak berpindah dan menyebutkan bahawa setiap langkahannya akan dicatat sebagai ganjaran (dapat meninggikan darjat dan menghapuskan dosa).

Beruntunglah orang yang tetap ke masjid untuk solat fardu berjemaah walaupun rumahnya jauh daripada masjid.

Source – https://t.me/ahadithadayAHAD

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis, Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: