Membangun dan Mengimarahkan Masjid

عَنْ عثمان ابن عفان رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ مِثْلَهُ

Dari ‘Utsman bin ‘Affan RA beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah (mengharapkan reda-Nya) maka Allah akan membangunkan baginya rumah (istana) di Syurga” (HR Bukhari No: 450) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Besar keutamaan dan ganjaran pahala bagi orang yang membangunkan masjid dengan penuh keikhlasan bukan kerana mencari balasan duniawi, baik harta, kedudukan, ataupun pujian dan sanjungan.
  2. Ibnul al-Jauzi mengingatkan: “Barangsiapa yang menulis namanya pada masjid yang dibangunkannya maka dia jauh dari keikhlasan”
  3. Orang yang membangunkan masjid dengan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan membalas dengan ganjaran istana di syurga pada hari akhirat nanti.
  4. Membangunkan masjid bukan hanya fizikalnya, termasuk pengimarahannya. Firman Allah:

مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ. إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (QS At-Taubah: 18).

Menurut Imam Ibnul al-Jauzi: “Yang dimaksudkan dengan memakmurkan masjid (dalam ayat ini) ada dua pendapat:

a. Selalu mendatangi masjid dan berada di dalamnya (untuk beribadah kepada Allah Ta’ala sama ada dengan mengerjakan solat, berada dalam majlis ilmu dan sebagainya).

b. Membangunkan masjid dan memperbaikinya

Mengikut Muhammad Ahmad ar-Rashid dalam ar-Raqaik: Barangsiapa yang ingin istiqamah dijalan Allah hendaklah melalui pintu istiqamah iaitu masjid.

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis, Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: