Memelihara Kehidupan Bermasyarakat

Photo by Pixabay on Pexels.com

عَنْ ثَابِتَ بْنَ الضَّحَّاكِ وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَلَفَ عَلَى مِلَّةٍ غَيْرِ الْإِسْلَامِ فَهُوَ كَمَا قَالَ وَلَيْسَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَذْرٌ فِيمَا لَا يَمْلِكُ وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِي الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَعَنَ مُؤْمِنًا فَهُوَ كَقَتْلِهِ وَمَنْ قَذَفَ مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ

Dari Tsabit bin Adl Dlahak dan dia termasuk dari Ashabus Syajarah (ikut serta dalam baiatur ridhwan), dia menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa bersumpah dengan agama selain Islam, maka dia adalah seperti yang dikatakan. Tidak ada anak Adam yang bernazar pada benda yang bukan miliknya dan barangsiapa yang membunuh diri sendiri dengan sesuatu benda di dunia, maka dia akan disiksa di akhirat dengan sesuatu yang digunakan untuk membunuh diri. Dan barangsiapa yang melaknat orang mukmin maka ia seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang muslim dengan kekafiran maka ia seperti membunuhnya.” (HR Bukhari No: 5587) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

  1. Seorang Muslim jika mahu bersumpah, maka hendaklah menggunakan kalimah nama Allah seperti “wallahi, wabillahi, watallahi, atau nama-nama Allah yang lain. Dilarang bersumpah dengan agama lain.
  2. Seorang Muslim yang bernazar maka wajib ia menunaikannya, jika tidak dia perlu membayar denda (kafarah). Namun jika dia bernazar pada perkara yang bukan miliknya contohnya nak bersedekah dengan harta orang lain atau nazar pada perkara yang haram maka tidak wajib ditunaikan.
  3. Seorang Muslim dilarang membunuh diri sendiri atau orang lain kecuali yang dibenarkan seperti di medan perang atau tukang bunuh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman bunuh di atas kesalahannya. Orang yang membunuh diri, di hari kiamat dia akan diseksa seperti cara dia membunuh diri. Contoh membunuh diri dengan minum racun, dihari akhirat dia akan diseksa di dalam neraka dengan meminum racun selamanya.
  4. Barang siapa melaknat orang mukmin yang lain maka seolah-olah sama seperti dia membunuhnya contohnya mendoakan agar dicabut rahmat Allah daripadanya. Islam menuntut mukmin saling kasih mengasihi sesama mukmin yang lain.
  5. Seorang mukmin dilarang menuduh mukmin lain menjadi kafir kerana ia dianggap telah membunuhnya sebab seorang yang murtad, darahnya tidak lagi terpelihara.
  6. Setiap Muslim dikehendaki memelihara daripada melakukan perkara yang boleh membawa kerosakan dan perpecahan dalam hidup bermasyarakat dan bernegara seperti membunuh diri atau orang lain, melaknat sesama Muslim serta menuduh Muslim lain sebagai kafir.

Source – https://t.me/ahadithadayAHAD

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis, Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: