Syarat Sah 2 Kalimah Syahadah Orang yang memeluk Islam

Photo by Manprit Kalsi on Pexels.com

Assalam. Adakah sah 2 kalimah syahadah seseorang yang memeluk Islam jika dia hanya mengucap:

لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، مُحَمَّد رَسُوْلُ اللهِ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah.”

tanpa menyebut secara penuh,

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah”?

Jawapan kami;

Antara salah satu syarat sah melafazkan dua kalimah syahadah bagi seseorang yang ingin memeluk Islam adalah dia mesti memahami kalimah syahadah yang dilafazkannya.

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pandangan tentang kesahihan Islam seseorang yang melafazkan dua kalimah syahadah dengan selain Bahasa Arab sedangkan dia boleh berbahasa Arab sepertimana berikut:

1) Menurut pendapat yang sahih di sisi Imam al-Nawawi, sah Islam seseorang yang melafazkan dua kalimah syahadah dengan selain Bahasa Arab sedangkan dia boleh berbahasa Arab. Menurut Syeikh al-Baijuri, pendapat inilah yang muktamad.

Malah, menurut Imam al-Mawardi, matlamat mengucapkan dua kalimah syahadah ini ialah perkhabaran tentang membenarkannya dengan hati. Justeru, sama ada diucapkan dengan Bahasa Parsi atau Arab, maka maknanya sama juga.

2) Menurut pandangan Imam Ahmad al-Zahid dan Syeikh al-Ramli, dua kalimah syahadah tersebut mestilah dilafazkan dengan Bahasa Arab bagi yang berkemampuan.

Selain itu, disyaratkan juga dua kalimah syahadah tersebut mestilah disertai dengan lafaz ‘asyhad’ ( أَشْهَدُ ), iaitu aku bersaksi/aku naik saksi sebagaimana lafaz berikut;

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah.”

Malah, disyaratkan lafaz ‘asyhad’ ( أَشْهَدُ ), iaitu aku bersaksi/aku naik saksi tersebut diulangi juga pada lafaz:

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Hal ini adalah jika kalimah syahadah yang kedua itu tidak dihubungkan dengan huruf Waw ‘Ataf (و), iaitu kata hubung ‘dan’. Adapun jika kalimah syahadah yang kedua itu dihubungkan dengan huruf Waw ‘Ataf (و), maka memadai dengan lafaz ‘asyhad’ ( أَشْهَدُ ), iaitu aku bersaksi/aku naik saksi pada kalimah syahadah yang pertama sepertimana yang telah disebutkan oleh Syeikh Ibn Qasim al-‘Abbadi, Syeikh al-‘Inani dan Syeikh Atiah.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat Syeikh Ali al-Syabramallisi pula, disyaratkan juga lafaz ‘asyhad’ ( أَشْهَدُ ), iaitu aku bersaksi/aku naik saksi tersebut diulangi pada kedua-dua kalimah syahadah itu sekalipun telah dihubungkan dengan huruf Waw ‘Ataf (و). Menurut Syeikh al-Baijuri, pendapat inilah yang muktamad.

Hal ini kerana kalimah syahadah ialah lafaz yang ta’abbudi (sesuatu yang tiada alasan kenapa dilakukan). Justeru, mengikut pendapat yang muktamad, tidak sah Islam seseorang yang ingin memeluk Islam dengan hanya melafazkan,

لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah.”

Namun, menurut satu pendapat, lafaz ini memadai dilafazkan oleh seseorang yang ingin memeluk Islam.

Begitu juga dua kalimah syahadah tersebut tidak sah digantikan dengan hanya mengucapkan:

أَعْلَمُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَعْلَمُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

“Aku mengetahui (dengan yakin) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku mengetahui (dengan yakin) bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah.”

atau,

آمَنْتُ بِاللهِ

“Aku beriman dengan Allah.”

atau,

أَنَا مُسْلِمٌ/مُؤْمِنٌ

“Aku muslim/aku orang beriman.”
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

  • Syarh Muslim
  • Al-Hawi al-Kabir
  • Umdah al-Rabih fi Ma’rifat al-Tariq al-Wadih
  • Umdah al-Murid li Jawharah al-Tawhid
  • Tuhfah al-Murid
  • Hidayah al-Muta’allim wa Umdah al-Mu’allim
  • Mirqat Su’ud al-Tasdiq
  • Sullam al-Munajat

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak – https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Hukum, Islam, Q&A

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: