(Hadith) Luruskan Saf

Saf Lurus Meluruskan Hati

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّه صلى الله عليه وسلم يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلاةِ وَيَقُولُ: اسْتَوُوا وَلا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ

Daripada Abu Mas’ud RA berkata: Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.” (HR Muslim No:432)

Pengajaran:

  1. Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa meluruskan saf apabila solat berjemaah antaranya dengan mempertemukan bahu dengan rakan disebelah kiri dan kanan.
  2. Hikmah meluruskan saf dalam solat sebagai pengajaran agar setiap Muslim sentiasa mengikat hubungan ukhuwah dan jangan sekali-kali berpecah belah.
  3. Imam al-Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis ini adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan.” (Rujuk: Fathul Bari 2/443)
  4. Imam al-Iraqi dalam Tharh al-Tathrib, 326/2 menukilkan pandangan para ulama dalam memahami makna meluruskan saf, iaitu:

a. Bagi mendapatkan istiqamah dan i’tidal (lurus) pada zahir sebagaimana yang dituntut pada batin.

b. Supaya tidak diganggu syaitan kerana ia akan merosakkan solat dengan waswas.

c. Memberi satu gambaran atau keadaan yang baik.

d. Supaya dapat diisi lebih ramai makmum sekiranya makmum terlalu ramai dan ia akan menjadi sempit jika tidak dirapatkan serta diluruskan saf.

e. Agar setiap makmum itu tidak disibukkan dengan melihat di antara satu sama lain akan perkara yang boleh menganggu mereka.

  1. Kecacatan pada saf solat akan menjadi kecacatan dalam kehidupan bermasyarakat.

Daripada Suwaid bin al-Ghaflah berkata:

كَانَ بِلَالٌ يَضْرِبُ أَقْدَامَنَا فِي الصَّلَاةِ وَيُسَوِّي مَنَاكِبَنَا

“Adapun Bilal memukul kaki-kaki kami sebelum memulakan solat serta meluruskan bahu-bahu kami.”

Ayuh pastikan saf solat kita lurus

Source – https://t.me/ahadithadayAHAD

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis, Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: