(Hadith) Gangguan Jin

Photo by Bartek Wojtas on Pexels.com

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya ‘Ifrit dari golongan Jin malam tadi menggagguku untuk memutus solatku tapi Allah memberikan aku keupayaan untuk menundukkannya. Aku mahu mengikatnya di salah satu tiang daripada tiang-tiang masjid sehingga kewaktu subuh sehingga tiap orang daripada kalian akan dapat melihatnya. Namun aku teringat doa saudaraku Sulaiman AS ketika berdoa: ‘(Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seseorangpun selepasku) (QS. Shaad: 35). Kemudian Baginda mengusirnya dalam keadaan hina.” (HR Bukhari No: 441)

Pengajaran:

  1. Manusia akan sentiasa diganggu oleh jin dan syaitan termasuklah ketika solat di kiri dan kanan, belakang dan hadapan dengan pelbagai gangguan dan bisikan.
  2. Jin dan Syaitan adalah makhluk Allah yang tidak mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat juga mudarat melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasnya. Manusia tidak sewajarnya menjadikan jin dan syaitan sebagai pelindung.
  3. Jin terbahagi kepada dua golongan iaitu yang beragama Islam dan yang kufur terhadap Allah. Jin yang kufur dan Syaitan akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia.
  4. Rasulullah SAW menyuruh kita memohon perlindungan kepada Allah daripada golongan yang menyesatkan. Antaranya doa sebelum mendirikan solat sepertimana firman Allah:

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ ٩٧ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ ٩٨

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan tidak menghampiriku (al-Mukminun : 97-98)

Sumber – https://t.me/ahadithadayAHAD

Don’t keep this to yourself. Share it & Tell the world.

Also, checks these awesome pages

1. How to Lose Weight?
2. Book Review & Summary
3. Personal Development
4. Health & Fitness
5. Islam
6. Oil & Gas
7. Product Reviews
8. Downloadable
9. Privacy Policy & Disclaimer
10. Contact Info
11. Recommendation
12. Making Sense of Deals
Advertisements


Categories: Hadith | Hadis, Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: