Isteri yang tidak berhak menerima nafkah

Wahai wanita yang sudah / akan berkahwin, sila ambil cakna:

ISTERI YANG TIDAK BERHAK MENERIMA NAFKAH

Isteri yang nusyuz tidak layak menerima nafkah daripada suami. Sepanjang tempohnya nusyuz sehinggalah si isteri meminta maaf atau sehingga suami memaafkannya dan redha kepadanya, maka barulah si isteri berhak menerima nafkah.

Berikut adalah perkara yang menyebabkan isteri tidak berhak menerima nafkah sebagaimana yang dinyatakan Imam Nawawi
[Al-Majmu’: 19/244-247]:

1. Apabila isteri berpindah dari rumah suaminya ke rumah lain tanpa alasan syari’i atau pergi (musafir) tanpa izin suami
2. Apabila isteri berpuasa sunat tanpa izin suami
3. Apabila isteri itu nusyuz

Contoh-contoh perkara nusyuz:

1. Menolak ajakan suami untuk bersetubuh
2. Isteri benci kepada suami
3. Tidak melakukan apa yang disuruh suami yang tidak bertentangan dengan syara’, walaupun menolak untuk membuat air kopi atau teh
4. Isteri menengking suami dengan nada suara tinggi
5. Isteri keluar rumah tanpa izin
6. Isteri melawan kata-kata suami
7. Menjauhkan diri dari suaminya / tak mahu layan suaminya
8. Meminta cerai kerana suami telah/ingin berkahwin lain
9. Isteri berkata kesat pada suami
10. Menceritakan keaiban suami kepada orang lain
11. Tidak membenarkan suami menyentuh dirinya ketika suami mahu
12. Isteri enggan berpindah ikut suami ke rumah lain di tempat lain
13. Isteri bermasam muka dengan suami
14. Membenarkan seseorang yang suami tidak suka masuk ke dalam rumah
15. Tidak mengendahkan panggilan suami
16. Mempunyai hubungan rahsia dengan lelaki lain

Nusyuz ni dosa besar yer akak2 adik2 sekalian. Dilaknat Allah dan para malaikat.

Ulama juga sepakat mengatakan bahawa isteri yang dipenjarakan kerana melakukan kejahatan atau seumpamanya tidak wajib diberikan nafkah.
[Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu: 10/7382]

Dalil isteri wajib taat suami:

Hadis dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”

[Riwayat Bukhari]

Rasulullah saw bersabda: “Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat serta patuh kepada suaminya, akan dimasukkan ke dalam syurga.”

[Riwayat Ibnu Hibban dan Thabrani]

Dari Ummu Salamah, isteri baginda Nabi, berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: “Mana-mana isteri yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, dia akan masuk syurga”

[Riwayat at-Tirmidzi]

CARA SUAMI MENANGANI ISTERI NUSYUZ

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka dari tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.”

[Surah An-Nisaa’, ayat 34]

Dari ayat ini, Allah beri panduan kepada suami step by step untuk hadapi isteri nusyuz:

1. Nasihat
2. Kalau tak makan nasihat, jangan tidur bersama dan jangan bersetubuh
3. Kalau degil jugak, pukul

Dan syarat dalam memukul itu pula:

1. tidak menyebabkan luka dan patah (atau kerosakan organ dalaman)
2. tidak berterusan dan bertalu-talu
3. tidak pukul pada satu tempat sahaja berulang-ulang
4. tidak pukul bahagian mukanya dan kemaluannya
5. tidak menggunakan benda keras, seperti rotan atau kayu atau besi atau kuali.

Dilarang memukul isteri jika tidak menepati syarat-syarat ini, sebagaimana hadis:

Rasulullah saw bersabda: “Adakah patut seseorang kamu memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, kemudian dia meniduri isterinya di waktu malamnya?”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sumber : Menjawap Kemusykilan Agama

Advertisements


Categories: Islam

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: