Wuduk Sempurna Mengampunkan Dosa

أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَزِيدَ اللَّيْثِيَّ أَخْبَرَهُ أَنَّ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْمِرْفَقِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Atha’ bin Yazid Al Laitsi telah menceritakan kepadanya, bahawa Humran budak Utsman, telah menceritakan kepadanya, bahawa Osman bin Affan meminta air untuk berwuduk, kemudian dia membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian ia membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Selepas itu, ia membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan, kemudian mengusap kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke mata kaki sebanyak tiga kali. Selepas itu, ia membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Utsman berkata, Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk seperti cara aku berwuduk. Kemudian dia berkata lagi, Aku juga telah mendengar baginda SAW bersabda: “Barangsiapa mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan solat, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Muslim No: 331) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Berwuduklah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Berwuduk yang sempurna dimulakan dengan:

a. Membasuh dua tangan hingga pergelangan sebanyak tiga kali,
b. Berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung
c. Membasuh muka sebanyak tiga kali
d. Membasuh tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali diikuti dengan tangan kiri
e. Mengusap kepalanya
f. Membasuh kaki kanan hingga ke mata kaki sebanyak tiga kali diikuti dengan kaki kiri.

Barangsiapa mengambil wuduk seperti itu kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan solat, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Moga kita sentiasa menyempurnakan wuduk.

Advertisements


Categories: Islam

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: