Kesempurnaan Solat

SEMPURNAKAH SOLAT KITA?
.
Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus.
.
Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.
.
Rukun solat ada 13
.
1. Niat
2. Berdiri dengan betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib
.
Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian.
.
I. (Rukun Qalbi) iaitu rukun ke atas pekerjaan hati.
2. (Rukun Fi’il) iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja.
3. (Rukun Qauli) iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.
.
Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu (Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il) dan ramai yang melanggar (Rukun Qauli) terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.
.
(Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat)
.
Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu (membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati).
.
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.
.
Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).
.
(5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat).
.
1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir.
.
2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz.
.
3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz.
.
4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir.
.
5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz.
.
Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?
.
Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada (5 tempat)
.
1. Semasa Takbiratul Ihram.
2. Semasa membaca Al Fatihah.
3. Semasa Tahiyat Akhir.
4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir.
5. Semasa lafaz salam.
.
Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.
.
Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:
.
1. Taubat mohon keampunan dari ALLAH dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama.
.
2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.
.
(ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun)
.
Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di Dunia apatah lagi di Akhirat nanti.
.
In sha ALLAH, semoga bermanfaat buat semua.
.

Source :menjawap kemusykilan agama

Advertisements


Categories: Islam, Quotes

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: