Solat sebagai Pembela

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا فَقَالَ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ

Dari Abdullah bin Amru, dari Nabi SAW; bahwasanya suatu hari baginda pernah menyebutkan mengenai solat seraya bersabda: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Firaun, Hamman dan Ubay bin Khalaf.” (HR Ahmad No: 6288)

Pengajaran:

1.  Orang Islam yang memelihara solat semasa hidup, solat akan membantunya:

  1. Solat menjadi cahaya yang menerangi kehidupannya
  2. Solat akan menjadi pembelanya
  3. Solat akan menjadi  penyelamat pada di hari kiamat

2.  Orang Islam yang tidak menjaga solat, ia tidak akan mendapat cahaya, pembela dan penyelamat di hari kiamat.

3.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan harta akan dihimpunkan bersama Qarun

4.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan kekuasaaan akan dihimpunkan bersama Firaun

5.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan pentadbiran  akan dihimpunkan bersama Hamman

6.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan perniagaan akan dihimpunkan bersama Ubai bin Khalaf (pembesar Quraisy yang kaya, aktif mengejek dan menghina Rasulullah dengan kekayaannya).

Ayuh pelihara solat kita agar dilaksanakan di awal waktu dan disempurna rukun dan sunatnya

Advertisements


Categories: Islam

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: