Banyakkan Selawat Ketika Berdoa

قَالَ أُبَيٌّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي فَقَالَ مَا شِئْتَ قَالَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ النِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Ubai bin Kaab meriwayatkan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah menjawab: Terserah kepadamu.” Aku pun berkata: “Adakah satu perempat darinya?” Rasulullah menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata: “Adakah separuh daripadanya?” Rasulullah menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: “Adakah dua pertiga?” Rasulullah menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku pun berkata: “Aku jadikan semua doaku untukmu.” Baginda bersabda: “Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.” (HR at-Tirmidzi, 8/497 No: 2381)

Pengajaran:

1.  Sahabat adalah contoh untuk diikuti.

2.  Ubai bin Kaab antara sahabat yang banyak berselawat

3.  Antara adab mukmin ketika berdoa ialah menyertakan selawat ke atas Nabi di samping doa yang dipinta.

4.  Banyak bilangan selawat ketika berdoa tidak dihadkan, jika banyak ia lebih baik

5.  Mukmin yang menjadikan keseluruhan dari doanya dengan ucapan selawat, nescaya Allah akan mencukupkan semua keinginannya dan diampunkan segala dosa (dosa kecil).

Ayuh kita perbanyakkan selawat termasuk di dalam berdoa.

Advertisements


Categories: Islam

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: