KENAPA SETIAP MUSLIM PERLU MEMPERBANYAKKAN SELAWAT?

1. Para malaikat akan berselawat ke atasnya selama mana ia berselawat kepada Rasullullah s.a.w.

2. Orang yang mengucapkan selawat sekali akan dibalas allah kepadanya dengan 10 kebaikan, dihapuskan 10 keburukannya dan dimuliakan dengan 10 darjat.

3. Selawat menjadi penawar dan memberi pertolongan pada hari kiamat kelak.

4. Mereka yang berselawat akan dibebaskan dari sifat munafiq.

5. Selawat adalah zakat perbuatan dan menghapuskan dosa-dosa seluas lautan.

6. Para malaikat akan memohon keampunan kepada orang yang berselawat dan melebarkan rasa damai serta ketenteraman jiwa.

7. Akan dapat berganding bahu dengan Rasullullah s.a.w. di akhirat kelak in shaa ALlah.

8. Selawat dapat menghapuskan rasa dahaga di akhirat kelak yang panasnya dikatakan ibarat matahari sejengkal dari kepala.

9. Selawat dapat menyelamatkan dan mempercepatkan langkah ketika melintasi titian sirat di akhirat kelak dengan izin ALlah.

10. Selawat dapat menghapuskan kemiskinan dan menghilangkan kefakiran.

11. Orang yang banyak berselawat jasadnya paling terang bercahaya di akhirat kelak.

12. Orang yang banyak berselawat akan memudahkanya untuk minum air telaga al-kauthar.

13. Selawat menjadi penyebab utama makbulnya doa yang dipohon.

14. Selawat dapat mendatangkan baraqah pada harta dan rezeki yg dicari.

15. Selawat dapat menambahkan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dipetik daripada perkongsian kuliah Ustaz Dato’ Khalid (FB Muslim Tees)

Jom kita berselawat sebanyak-banyaknya sebagai tanda gembira menyambut maulidur rasul.

Advertisements


Categories: Islam, Quotes

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: