Tuntutan Bersiwak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلَاةٍ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya tidak memberatkan ummatku atau manusia, nescaya aku akan perintahkan kepada mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) pada setiap kali hendak solat.” (HR Bukhari No: 838) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bersiwak (menggosok gigi) adalah antara sunah yang mudah dan paling kerap dilakukan oleh Rasulullah SAW.

2. Rasulullah SAW sentiasa bersiwak (menggosok gigi) dan amat menggalakkan umatnya agar menggosok gigi setiap kali hendak melaksanakan solat.

3. Kebersihan dituntut kepada setiap Muslim antaranya kebersihan mulut dan gigi lebih-lebih lagi ketika melaksanakan ibadat solat (bertaqarub).

4. Bersiwak atau menggosok gigi memiliki faedah yang banyak antaranya mulut akan sentiasa bersih, gigi menjadi puteh dan sihat, menghilangkan bau kurang enak yang keluar dari mulut, dan lain-lain.

5. Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam Fiqhul Islami wa Adillatuhu menyebutkan: “Telah sepakat para ulama bahawasanya bersiwak adalah sunnah muakkadah kerana anjuran Rasulullah SAW dan baginda sentiasa melakukannya dan kecintaan baginda serta ajakan baginda kepada siwak tersebut.”

Advertisements


Categories: Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: