Kerajaan disaran semak semula skim pencen

This article reminds me of a quote from George Carlin,

You know what they want? They want obedient workers. Obedient workers, people who are just smart enough to run the machines and do the paperwork. And just dumb enough to passively accept all these increasingly shittier jobs with the lower pay, the longer hours, the reduced benefits, the end of overtime and vanishing pension that disappears the minute you go to collect it. And now they’re coming for your Social Security money. They want your f**kin’ retirement money. They want it back so they can give it to their criminal friends on Wall Street.



Petikan Berita Dari Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

“Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam,” menurut laporan itu.

Pada 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

Menggariskan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap pertumbuhan ekonomi, laporan itu mencadangkan bahawa peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas buruh berikutan penuaan penduduk.

Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5 peratus dan 80.1 peratus.

“Justeru pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan golongan itu dalam tenaga buruh,” jelas laporan itu.

Laporan turut mencadangkan pewujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan.

“Langkah itu memberikan kebaikan kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan hasil kutipan cukai,” jelasnya.

Peningkatan produktiviti adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, justeru usaha meningkatkan produktiviti perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik.

Persekitaran mesra umur turut ditekankan dalam laporan itu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga tua dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup termasuk meningkatkan kemahiran agar mereka terus produktif.

— BERNAMA



 

Advertisements


Categories: Current Issue, Personal Finance

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: