Hi, the share button is at the bottom. :)
Advertisements

Kelebihan Tasbih, Tahmid dan Takbir Selepas Solat

Kelebihan Tasbih, Tahmid dan Takbir Selepas Solat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثُ قُتَيْبَةَ أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ فَقَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ وَلَا نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُونَ وَلَا نُعْتِقُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلَا يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ مَرَّةً
Dari Abu Hurairah dan ini adalah hadis Qutaibah: Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah SAW sambil berkata; “Orang-orang kaya telah memborong amal kebaikan derajat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi (disisi Allah).” Rasulullah SAW bertanya: “Apa maksud kamu?” Mereka menjawab: “Orang-orang kaya solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka bersedekah dan kami tidak boleh melakukannya, mereka boleh membebaskan tawanan dan kami tidak boleh melakukannya.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menyaingi orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan?” Mereka menjawab; “Mahu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali. (HR Muslim No: 936) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim berpeluang melakukan pelbagai amalan kebaikan dengan kelebihan yang ada padanya.
2. Muslim yang berkemampuan dari segi harta, disamping dapat melaksanakan ibadat solat, puasa, zakat mahupun haji, mereka boleh menggunakan kelebihan harta untuk bersedekah, berwakaf dan sebagainya.
3. Namun, Allah menganugerahkan kelebihan kepada Muslim yang bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali setiap satu, melebihi kedudukan dan kelebihan orang kaya.
4. Bagi yang tidak memiliki harta untuk bersedekah, jadikanlah tasbih, tahmid dan takbir yang dibaca selepas solat waktu sebagai amal sedekah.
Ayuh jangan tinggalkan kelebihan yang Allah akan anugerahkan kepada mereka yang bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap kali selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali setiap satu

Advertisements


Categories: Islam

Tags:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: