Ketegasan Umar Abdul Aziz Terhadap Arak

Ketegasan Umar Abdul Aziz Terhadap Arak
===================
1. Khalifah Umar Abdul Aziz adalah di antara contoh terbaik dalam menangani isu arak di zaman beliau. Menurut al-Qurtubi, Umar Abdul Aziz dikatakan pernah menghukum Muslim yang duduk bersama peminum arak. Apabila ditanya mengapa kamu menghukum Muslim ini sedangkan dia berpuasa? Umar menjawab: Kamu adalah sebahagian dari mereka! (Tafsir al-Qurtubi, 5/418; Said Hawa, al-Asas fi al-Tafsir, 2/1215)

Umar mendidik kita supaya tidak redha dengan kemungkaran, bahkan tidak bersama dengan mereka yang menganjurkan kemungkaran.

2. al-Imam Ibn Atiyyah menggunakan tindakan ini sebagai hujah bahawa seorang Muslim seharusnya menjauhi majlis arak sedaya-upaya. (al-Muharrar al-Wajiz: 2/125)

Sekiranya seorang Muslim berkuasa menghentikannya, mengapa tidak kita bantu manusia lain daripada terjerumus kepada arak?

3. Bagi Muslim yang terlibat dengan arak, Umar Abdul Aziz akan mengenakan hukuman sebat sama seperti yang dilakukan oleh khalifah terdahulu. Al-Imam al-Bayhaqi meriwayatkan bagaimana seorang lelaki yang mabuk arak menceraikan isterinya. Lelaki ini dibawa kepada Umar Abdul Aziz, lalu dikenakan hukuman sebat. (al-Bayhaqi, Sunan al-Kubra, 7/589)

4. Bagi non Muslim pula, Umar Abdul Aziz mengarahkan supaya mereka tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

5. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ…
الأموال لابن زنجويه 1:282

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. al-Imam Ibn Abi Syaibah merekodkan gambaran yang hampir sama. Umar Abdul Aziz diriwayatkan sangat bertegas dalam menguruskan arak (punca kepada kerosakan manusia). Beliau melarang aktiviti import eksport arak, dari satu kampung ke satu kampung yang lain. Kata Ibn Abi Syaibah:

عَنْ مُثَنَّى بْنِ سَعِيدٍ، قَالَ: شَهِدْتُ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَتَبَ إِلَى عَامِلِهِ بِوَاسِطٍ: «أَنْ لَا تَحْمِلُوا الْخَمْرَ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَى قَرْيَةٍ…

“Muthanna ibn Sa’d berkata: Aku menyaksikan Umar Abdul Aziz menulis kepada Gabenornya bahawa: Jangan dibawa arak dari satu kampung ke satu kampung yang ian.” (Ibn Abi Syaibah, al-Musannaf, 5:100)

7. Menurut al-Imam Malik pula, Umar Abdul Aziz dikatakan pernah mengarahkan supaya tempat-tempat perahan arak milik Muslim seharusnya dihapuskan. Kata al-Imam Malik:

قال مالك: أفبلغك أن عمر بن عبد العزيز كتب في كسر معاصير الخمر؟ قال: نعم. قيل: معاصير المسلمين وأهل الذمة. قال: لا أرى ذلك إلا في التي للمسلمين.

“Kata Malik: Apakah tidak sampai kepada kamu bahawa Umar Abdul Aziz pernah menulis (arahan) supaya dipecahkan (dirobohkan) tempat-tempat memerah arak? Dia (perawi) berkata: Ya! (lalu beliau ditanya): Tempat perahan milik Muslim atau milik non Muslim? Malik menjawab: Milik Muslim sahaja.

8. Lihatlah betapa tegasnya Umar Abdul Aziz dalam berurusan dengan perkara yang melibatkan arak. Muslim langsung tidak dibenarkan terlibat dengan urusan arak. Non Muslim tidak dibenarkan untuk menzahirkan aktiviti arak mereka. Aktiviti ekonomi yang melibatkan arak diperketatkan. Kilang penghasil arak pula dipantau.

Moga Allah membantu Muslim dalam menangani isu arak.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Advertisements


Categories: Current Issue, Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: