Bapa Susuan

BAPA SUSUAN

1. Ramli beristeri empat. Rosnah isteri pertama, Asiah isteri kedua, Rohani isteri ketiga dan Hasnah isteri keempat. Hasil perkahwinan dengan empat isterinya itu, Ramli mendapat 10 orang anak. 4 orang daripada Rosnah, 3 orang daripada Asiah, 2 orang daripada Rohani dan seorang daripada Hasnah.

2. Suatu hari, Ramli terjumpa seorang bayi kecil yang ditinggalkan di perhentian bas. Dia membawa bayi itu pulang ke rumah. Sementara mencari ibu bayi itu, Ramli menyuruh setiap isterinya menyusukan bayi itu. Sebelah malam, Rosnah menyusukan bayi itu sebanyak dua kali penyusuan. Keesokan pagi, Asiah menyusukannya sekali penyusuan sahaja. Pada waktu tengahari, Rohani menyusukannya juga sekali penyusuan. Pada waktu petang, Hasnah pula menyusukan bayi itu hanya sekali penyusuan. Apabila malam menjelang, ibu bayi itu datang menuntut kembali bayinya.

3. Selama sehari semalam, bayi itu berada dalam jagaan, Ramli, dia telah disusukan oleh isteri-isterinya sebanyak lima kali penyusuan. 2 kali oleh isteri pertama dan masing-masing sekali oleh isteri kedua, ketiga dan keempat.

4. Setiap isteri Ramli tidak menjadi ibu susuan kepada bayi itu kerana tidak memenuhi syarat penyusuan iaitu lima kali penyusuan bagi setiap isteri. Bayi itu juga tidak menjadi anak susuan kepada isteri-isteri Ramli.

5. Sungguhpun begitu, Ramli adalah bapa susuan kepada bayi itu dan bayi itu adalah anak susuannya. Ini kerana bayi itu telah menyusu sebanyak lima kali daripada isteri-isterinya dan susu yang ada pada badan setiap isteri adalah berpunca daripada Ramli. Jika bayi itu perempuan, dia menjadi mahram kepada Ramli dengan sebab penyusuan.

6. Jika bayi itu lelaki, dia tidak menjadi mahram kepada isteri-isteri Ramli dengan sebab penyusuan kerana tidak memenuhi syarat penyusuan. Tetapi budak lelaki itu tetap menjadi mahram kepada isteri-isteri Ramli kerana mereka adalah isteri Ramli. Seorang anak lelaki, haram berkahwin dengan isteri bapanya sama ada bapanya itu bapa kandung atau bapa susuan.
(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1773812376043164&id=100002432567366

Advertisements


Categories: Islam

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: