Pendapatan yang berkat

Dalam mengejar harta dunia, kadang-kala kita mungkin terlibat dengan perkara-perkara yang akan menjadikan pendapatan kita tidak diberkati. Rumah besar, kereta cantik, hidup bergaya dan bermewah-mewah seringkali menjadi kayu ukuran kejayaan sesorang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa rasuah masih wujud untuk ‘memudahkan’ urusniaga. Namun begitu, harus di ingat, si pemberi dan penerima akan menerima balasannya, kalau tidak di dunia, di akhirat, atau mungkin kedua-duanya.

police fun funny uniform

Photo by Pixabay on Pexels.com

Saya pernah mendengar satu ceramah, di mana, seorang bekas pegawai beruniform yang telah bersara mengajukan soalan, “Kenapa anak-anak saya tidak menjadi ‘manusia yang berguna’?”. Setelah merenungkan persoalan tersebut, ustaz tersebut bertanya, “adalah Tuan pernah mengambil rahsuah atau ‘wang bawah meja’?” Penanya tersebut mengaku, “Ya, kerana gaji pokoknya terlalu rendah.”. Maka Ustaz tersebut menjawap, bahawasanya, ‘wang bawah meja’ tersebutlah yang telah menghancurkan keluarganya.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta (orang-orang yang diantara) kamu dengan (jalan) yang tidak betul, dan (janganlah) kamu bawa (urusan harta) itu kepada hakim-hakim dengan maksud kamu hendak memakan sebahagian daripada harta orang (lain) dengan (jalan) dosa, padahal kamu tahu.” (Al-baqarah 2:188)

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan harta dan anda harus ingat, jangan sesekali menggunakan cara yang tidak dibenarkan dalam Islam ataupun yang tidak bermoral.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (An-Nisa, 4:29)

‘Ayat seribu dinar’ yang sering dipaparkan di kedai-kedai makan dipetik dari Surah At-Thalaq, ayat 2-3.

“…Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduganya …”

Hidup di dunia ini hanyalah sementara yang dapat diibaratkan musafir lalu menuju destinasi abadi. Jadi, sewajar musafir, tepuklah dada anda, dan tanyalah hati, berapa banyakkah harta yang perlu diraih di dunia ini dan bagaimanakah cara anda memperolehnya?

Ibarat permainan ‘Monopoly’, kita seringkali lalai kerana berlumba memusing papan untuk mengumpulkan harta, dan cuba mendapatkan lebih banyak dari pesaing-pesaing yang lain. Namun, jika kita menang, dan permainan tamat, apakah yang terjadi? Semua harta yang telah kita kumpulkan akan di ambil semula, dan dimasukkan kembali ke dalam kotak, yang akan menjadi rebutan pemain-pemain yang akan datang !

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasullullah SAW bersabda:

“… seorang hamba berkata, ‘Hartaku ! Hartaku!’ padahal hartanya yang sesungguhnya tiga macam:

  1. Apa yang dimakannya lalu habis
  2. Apa yang dipakainya lalu lusuh; dan
  3. Apa yang disedekahkannya lalu tersimpan (untuk akhirat). Selain daripada tiga macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain.
*ye, sekarang mungkin analogi permainan ‘Monopoly’ lebih masuk akal.

Dalam perancangan kewangan Islam, konsep terasnya adalah Allah SWT adalah merupakan Pemilik harta yang mutlak dan kita manusia hanyalah merupakan ‘pemegang amanah’, dan para pemegang amanah semuanya akan dipertanggungjawapkan oleh amanah yang dipikulnya. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang pemegang amanah, kita tidak boleh membelanjakannya dengan sewenang-wenangnya mahupun terlalu kikir untuk bersedekah. Jangan boros serta jangan kikir.

Dalam usuha kita mencari pendapatan yang barakah ini terpulang pada diri kita sendiri. Allah SWT telah berjanji, setiap makhluk tidah akan hidup melata di bumi ini, melainkan setiap rezekinya telah ditentukan. Kita perlu berikhtiar lalu bertawakkal.

Wallahua’lam.

Advertisements


Categories: Personal Development, Personal Finance

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: