Posted on

Anggap la dia sudah mati

Berapa kali dah aku jadi “jenazah”! Huhu..
.
.
Alkisah Ibn Syubrumah menyelesaikan urusan yang besar untuk seorang temannya. Selepas itu temannya datang membawa hadiah kepadanya sebagai berterima kasih.
.
Beliau pun berkata: “Apa ini?”
.
“Kerana awak telah membantuku.”
.
Beliau pun membalas: “Bawa balik, semoga Allah mengafiatkanmu. Apabila engkau memohon hajat daripada seorang temanmu, namun dia tidak bersungguh-sungguh memenuhinya, maka berwuduklah untuk solat, kemudian lakukan empat kali takbir di depannya. Anggaplah dia sudah mati.” (Ihya’ Ulum al-Din, al-Ghazali)
.
.
Moral: Ada kala dek lama tidak diperingatkan, kita pun lupa bahawa menolong orang juga ibadah, bahkan sunnah para nabi dan orang soleh.

#UstazMLM

Advertisements

Leave a Reply