10 tips bina kehidupan positif

10 TIPS BINA KEHIDUPAN POSITIF : FB NORIZAN SHARIF

1. Sebaik bangun pagi, gunakan ayat-ayat positif. Elakkan “hoi-hoi” dan marah-marah.

2. Gunakan perkataan baik-baik pada pagi hari untuk bina persekitaran positif. Gunakan panggilan yang suami/isteri, ibubapa, anak-anak, kawan-kawan dan jiran-jiran suka dengar.

3. Berikan senyuman kepada 10 orang pertama yang kita temui sejak bangun tidur. Insya-Allah, senyuman itu akan membawa sampai ke petang.

4. Elakkan manusia toksid. Manusia toksid ialah manusia yang rasa dia seorang betul, semua orang lain salah. Cara dia berfikir ialah semua tak kena. Lari jauh-jauh dari manusia sebegini.

5. Unfriend manusia toksid dari Facebook. Keluar dari WhatsApp group mereka. Berhentikan sesi teh tarik dengan mereka. Nyahkan mereka dari hidup kita.

6. Bayangkan penghujung yang indah untuk hadapi cabaran sementara. Usah biarkan fikiran negatif “tak boleh” tenggelamkan usaha baik.

7. Sentiasa fikir “semua benda boleh ubah” kecuali mati. Sekiranya anda tak suka sesuatu, ubah. Berhenti merungut.

8. Usah benchmark kebahagian kita dengan posting kawan-kawan di Facebook. Bukan semua orang yang kita lihat bahagia di Facebook itu bahagia.

9. Sewaktu dalam kesedihan, ingatlah bahawa langit tak selamanya mendung. Sampai waktu, ia kembali cerah.

10. Sentiasa yakin bahawa Allah swt berikan rezeki dan Allah swt berikan rezeki pada masa yang betul. Bukan semua yang kita mahukan sekarang baik untuk kita. Mulakan hidup seharian dengan berfikiran positif kepada Allah. Insya-Allah nanti mudah kita berfikir positif mengenai diri kita dan orang lain.

Advertisements


Categories: Current Issue, Health

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: