Advertisements
Skip to content

Hukum-Hukum Dalam Islam

Hukum-Hukum Dalam Islam

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Haram
  4. Makruh
  5. Harus (Mubah)

Wajib (Yang Lazim Dan Tetap)

Sesuatu perintah dari Allah SWT yang mesti dikerjakan jika dikerjakan akan diberi pahala, dan jika ditinggalkan mendapat dosa seperti sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, zakat dan lain-lain lagi.

Sunat (Perkara Yang Digalakkan)

Sesuatu perkara yang digalakkan melakukannya dan jika dilakukan akan diberi pahala jika ditinggalkan tidak berdosa seperti memberi salam, bersedekah, menziarahi orang sakit dan lain-lain.

Haram (Yang Dilarang)

Sesuatu perkerjaan yang dilarang oleh Allah SWT. Jika dibuat akan mendapat dosa, dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala sepertu minum arak, judi, zina dan lain-lain.

Makruh (Perbuatan Yang Dibenci)

Sesuatu perkerjaan yang tidak disukai dilakukan, jika dilakukan tidak berdosa tetapi ditinggalkan akan mendapat pahala seperti kentut di khalayak orang ramai, mengorek hidung dan lain-lain.

Harus (Perbuatan Yang Bebas)

Sesuatu yang boleh dilakukan atau ditinggalkan. Dikerjakan tidak diberi pahala, ditinggalkan juga tidak berdosa kecuali jika disusuli dengan niat untuk beribadat, maka ketika itu diberikan pahala seperti makan/minum, tidur dan lain-lain.

Categories

islam

Tags

Advertisements

Leave a Reply

%d bloggers like this: