Advertisements
Skip to content

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)

Hibah TH (daripada Website TH)

Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah tidak wajib dibayar oleh TH. Walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai “‘urf” (kebiasaan) yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadi’ah. Mensyaratkan pulangan dalam bentuk hibah terhadap simpanan wadi’ah boleh menjerumuskan akad tersebut ke dalam riba yang diharamkan syarak dan pulangan itu menjadi sesuatu yang tidak bersih.

Pemberian dan cara hibah TH dilakukan adalah seperti yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, Sekyen 22 (1) & (2):

Seksyen 22;
(1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.

(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.

Sejak ditubuhkan, TH sentiasa berusaha memberi Hibah Tahunan kepada para pendeposit kami. TH turut memberi tambahan hibah khas kepada para pendeposit sempena peristiwa-peristiwa istimewa seperti Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 (2007), Ulangtahun ke-50 TH (2012) dan Hibah Haji bermula 2013 sehingga kini.

HIBAH TH 2017

Hibah TH

4.50%

Hibah Tahunan

+

1.75%

Hibah Haji

Pengiraan Hibah TH

Hibah Tahunan
(4.50%)
Akaun Pendeposit TH Aktif

Kiraan:

Baki purata minima bulanan X 4.50%

(Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 4.50%

Hibah Haji
(1.75%)
Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji

Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang

Kiraan:

Baki purata minima bulanan (tertakluk kepada maksimum RM9,980.00) X 1.75%

(Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 1.75%

NOTA: Hibah Haji – Hibah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Pelaburan KWSP di TH

  1. Pendeposit akan ada dua (2) akaun iaitu akaun simpanan biasa THdan satu lagi akaun simpanan dari KWSP.
  2. Akaun simpanan dari KWSP tidak boleh dibuat pengeluarannya sehingga pendeposit berumur 55 tahun dan jumlah simpanan ini akan dipindahkan ke akaun simpanan THyang biasa.
  3. Akaun simpanan dari KWSP hanya layak menerima Hibah Tahunan THmengikut kadar dan asas kiraan yang sama seperti pendeposit akaun simpanan TH.
  4. Akaun simpanan dari KWSP ini TIDAK akan menerima Hibah Haji.Hibah Haji hanya diberikan pada akaun simpanan biasa TH sahaja tertakluk kepada yang belum tunai haji dan terhad pada jumlah asas RM9,980.00 (bayaran haji bagi jemaah haji muassasah yang belum pernah menunaikan haji).
  5. Sebelum pendeposit berumur 55 tahun, pengeluaran hanya dipindahkan semula kepada akaun mereka di KWSP.

Mari kita analisa berdasarkan case study

Kiraan Baki Minima Bulanan

Case study : Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

Baki Minima Bulanan
JAN MYR 1,000.00
FEB MYR 2,000.00
MAR MYR 3,000.00
APR MYR 4,000.00
MAY MYR 5,000.00
JUNE MYR 6,000.00
JULY MYR 7,000.00
AUG MYR 8,000.00
SEP MYR 9,000.00
OCT MYR 10,000.00
NOV MYR 11,000.00
DEC MYR 12,000.00
Purata Minima Bulanan MYR 6,500.00

Purata Minima Bulanan

= RM 78,000/12 bulan

= RM 6,500

Oleh itu, Hibah Tahunan

= 4.5% x RM 6,500

= RM 292.5

Untuk Hibah Haji Pula (terhad kepada jumlah kos haji dan kepada mereka yang belum menunaikan haji)

= 1.75% x Purata Minima Bulanan

= 1.75% x RM 6,500

= RM 113.75

Bagaimana Pengiraan Untuk Jumlah Lebih RM 9980?

Hibah Tahunan 4.5% campur Hibah Haji 1.75%, sekali imbas kita terus mencongak jumlah keseluruhan sebanyak 6.25%.

Namun tidak semestinya semua akan mendapat 6.25%. Ini kerana Hibah Haji 1.75% hanya kepada mereka yang belum pergi haji dan hanya terhad kepada jumlah simpanan mengikut kos haji iaitu RM 9980.

Mari kita lihat contoh pengiraannya,

Kes 1 : Simpanan RM 100,000 dari Jan-Dec 2017
Hibah Tahunan 4.5 % = RM 4,500
Hibah Haji 1.75% x 9980 = RM 174.65
Total = RM 4,674.65
Effective Return = RM 4,674.65/100000 = 4.67%

Kes 2 : Simpanan RM 9980 dari Jan-Dec 2017
Hibah Tahunan 4.5 % x RM 9980 = RM 449.10
Hibah Haji 1.75 % x RM 9980 = RM 174.65
Total = RM623.75
Effective return 623.75/9980 = 6.25%

Kes 3 : Simpanan RM 5000 dari Jan-Dec 2017
Hibah Tahunan 4.5% = RM 225
Hibah Haji 1.75 % x RM 5000 = RM 87.50
Total = RM 312.50
Effective return 312.50/5000 = 6.25%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 9,980 yang akan dapat 6.25% effective return.

Categories

Finance

Tags

Advertisements

Leave a Reply

%d bloggers like this: