Posted on

Soal Jawab antara Rasulullah SAW & Iblis Laknatullah

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa iblis laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. 

Maka Malaikat itu pun berjumpa iblis dan berkata, “Hai iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”

Demi mendengar sahaja kata malaikat yang dahsyat itu, iblis laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka iblis laknatullah berkata,”Ya Rasulullah! Mengapa dikau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”

Maka jawab Nabi SAW dengah marah “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Adam nabi Allah sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Ayub nabi Allah engkau tipu dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Daud nabi Allah dengan perempuan Urya, Sulaiman nabi Allah meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai iblis laknatullah! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”

Iblis laknatullah berkata: “Ya Nabi Allah! Janganlah dikau marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan aku. Kedatangan aku adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya aku terhadap umat tuan dari zaman Adam nabi Allah hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani sembunyikan.” Maka iblis laknatullah pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu”

Apabila mendengar sumpah iblis laknatullah itu, Nabi SAW pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Allah SWT telah memerintahkan seorang malaikat berjumpa iblis laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka malaikat itu pun berjumpa iblis laknatullah dan berkata, “Hai iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”

Demi mendengar sahaja kata malaikat yang dahsyat itu, iblis laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka iblis laknatullah berkata,”Ya Rasulullah! Mengapa dikau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”

Maka jawab Nabi SAW dengah marah “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Adam nabi Allah sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Ayub nabi Allah engkau tipu dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Daud nabi Allah dengan perempuan Urya, Sulaiman nabi Allah meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai iblis laknatullah! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah SWT. Maka aku kenal baik-baik engkaulah iblis laknatullah, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”

Iblis laknatullah berkata: “Ya Nabi Allah! Janganlah dikau marah. Kerana dikau adalah Khatamul Anbiya maka dikau dapat kenal akan aku. Kedatangan aku adalah disuruh Allah SWT untuk memberitahu segala tipu daya aku terhadap umat mu dari zaman Adam nabi Allah hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang dikau tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani sembunyikan.” Maka iblis laknatullah pun bersumpah menyebut nama Allah SWT dan berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu”

Mendengarkan pengakuan iblis laknatullah dan sumpahnya, maka Rasulullah SAW berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan iblis laknatullah dengan disaksikan oleh sekelian sahabat RA yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekelian umat hingga kemudian hari.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?”

Jawab iblis laknatullah: “Ya Nabi Allah, dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku di muka bumi ini.”

Maka Rasulullah SAW merenung wajah iblis laknatullah menyebabkan iblis laknatullah menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda SAW.

Jawab iblis laknatullah: “Ya Nabi Allah, aku mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwan bersekali dengan suara-suara yang tepat. Aku ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian, nescaya terbakarlah aku menjadi abu. Aku bersungguh-sungguh merentap iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir ialah kerana dikau bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Aku tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan mauk ke neraka bersama-sama dengan ku serta kekal di dalamnya buat selama-lamanya.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?”

Jawab iblis laknatullah: “Ya Nabi Allah, aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Aku goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan-minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, aku akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Aku juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat dikau telah aku sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah aku menghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?”

Rasulullah SAW bertanya:” Hai laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan aku melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan juga sedia maklum bahawa aku pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami tempat ku dengan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepada ku sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan aku dan sekelian malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku sehingga hari Qiamat. Wajah ku yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Aku sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad-dengki ku menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami-isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih tidak berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hinggalah ke Hari Qiamat. Tetapi dikau telah menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini, aku bersama-sama bala tentera ku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut. Tetapi apabila dikau zahir ke alam dunia ini, maka aku tidak dizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat mu. Ramai malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera ku daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tentera ku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula dikau dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekelian raja-raja dan di khalayak ramai.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?”

Jawab iblis laknatullah: “Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan ku”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Itulah sebesar-besar kesusahan kepada ku. Gementarlah seluruh badan ku dan lemahlah tulang sendi ku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya – yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya.”

Rasulullah SAW bertanya: “Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”

Jawab iblis laknatullah: “Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuh ku serta putus-putus segala urat ku, maka larilah aku dari mereka.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”

Jawab iblis laknatullah: “Telah binasalah diri ku dan gugurlah tulang ku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”

Jawab iblis laknatullah: “Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap ku kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera ku iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas – dan dirantainya kami sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat mu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat mu adalah sebesar-besar seteru kepada ku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada satu pun tipudaya ku dapat memasuki mereka, kerana dikau pernah berkata sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah, sekelian para sahabat mu sangat taat mengerjakan perintah mu lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat mu kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersama mu pun, aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi mu. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau telah menjadi wazirul a zam dan dikau telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertua mu dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah yang sangat hafiz hadis-hadis mu. Ada pun sahabat mu, Sayyidina Umar Al-Khattab, aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat mu. Jika aku terpandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi ku kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau ba pernah bersabda, jikalaulah ada lagi nabi selepas aku, nescaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar dikau ke atasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk . Ada pun sahabat mu, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu mu sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat mu, Sayyidina Ali bin Abi Talib, aku sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Dikau pernah bersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku kepadanya.”

Rasulullah SAW bertanya: “Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?”

Jawab iblis laknatullah: “Adalah umat mu ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat (2) Umat mu itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat mu itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaja) sesuka hati ku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian.”

Rasulullah SAW bertanya: “Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang-orang yang meringankan syariat mu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam.”

Rasulullah SAW bertanya: “Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.”

Rasulullah SAW bertanya: “Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?”

Jawab iblis laknatullah: “Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.”

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas – Bismillahi AllaHomma Innii a uu dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi) Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah aku daripadanya

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah aku daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, akulah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang.”

Rasulullah SAW bertanya: “Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?”

Jawab iblis laknatullah: “Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka ghaafirudzzanbil aziim”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi) tempat ku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah saudaramu?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.”

(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT”

(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalaamualaikum warohmatull hiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada ku, maka aku pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Di manakah kediamanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungkan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?”

Jawab iblis laknatullah: “Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ.”

Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai”

Jawab iblis laknatullah: “Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untuk aku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkan solatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?”

Jawab iblis laknatullah: “Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas nabi”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?”

Jawab iblis laknatullah: “Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama dengan ku.”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Telah subur dan bertunaslah hasutan ku dan pekerjaan ku.”

(Sabda Rasullullah SAW – yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama dan seribu syuhada, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki), (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya ku telah mereka leraikan”

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT., (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat – serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak (anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Mereka telah membelah muka ku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba.”

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: “Hai sekelian malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan.” Maka apabila telah selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: “Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!”.

Jawab iblis laknatullah: “Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit sehingga datang sekelian bala tentera ku dan (mereka) bertanya hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka aku menjawab hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh Rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan ke mari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad”

Rasulullah SAW bertanya: “Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Telah bersusah payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling (dan) pergi”

(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab )

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?”

Jawab iblis laknatullah: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapan ku, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambaNya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini.”

(Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika yaa Kariim )

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka .”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!”

Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: “Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapat mencelah di dalamnya.”

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :”Hai mala’un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu”

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab iblis laknatullah: “Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutan ku.”

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan : (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu”

Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambaNya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah SAW berdialog dengan iblis laknatullah, maka baginda SAW pun menghalau iblis laknatullah dengan sabdanya : “Wahai laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini” Maka iblis laknatullah pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi SAW: “Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis laknatullah telah membuat kesalahan atas beberapa sebab: (1) ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) ia takbur dan besar diri (3) ia berhasad dengki dengan nabi Adam AS (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS”

Nabi SAW berkata lagi: “Bahawa pada suatu hari, iblis mengadap Musa bin Imran AS dan berkata : Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimanya?”

Maka sukacitalah nabi Musa AS mendengarkan iblis laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis laknatullah. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah firman Allah SWT: “Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur nabi Adam”. Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada iblis laknatullah. Iblis laknatullah mengeluh dan berkata: “Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati.” Maka iblis laknatullah pun beredar.

Sabda Nabi SAW: Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara: (1) Dengan ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (3) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.

Wallahu’alam.

Advertisements
Posted on

Muslim Character: Quranic Way of Life

Some of the lessons from Quran that apply to our general living!

1. Respect and honor all human beings irrespective of their religion, colour, race, sex, language, status, property, birth, profession/job and so on [17/70]

2.Talk straight, to the point, without any ambiguity or deception [33/70]

3. Choose best words to speak and say them in the best possible way [17/53, 2/83]

4.Do not shout. Speak politely keeping your voice low. [31/19]

5.Always speak the truth. Shun words that are deceitful and ostentatious [22/30]

6. Do not confound truth with falsehood [2/42]

7.Say with your mouth what is in your heart [3/167]

8. Speak in a civilized manner in a language that is recognized by the society and is commonly used [4/5]

9. When you voice an opinion, be just, even if it is against a relative[6/152]

10. Do not be a bragging boaster [31/18]

11. Do not talk, listen or do anything vain [23/3, 28/55]

12. Do not participate in any paltry. If you pass near a futile play, then pass by with dignity [25/72]

13. Do not verge upon any immodesty or lewdness whether surreptitious or overt [6/151].

14. If, unintentionally, any misconduct occurs by you, then correct yourself expeditiously [3/134].

15. Do not be contemptuous or arrogant with people [31/18]

16. Do not walk haughtily or with conceit [17/37, 31/18]

17. Be moderate in thy pace [31/19]

18. Walk with humility and sedateness [25/63]

19. Keep your gazes lowered devoid of any lecherous leers and salacious stares [24/30-31, 40/19].

20. If you do not have complete knowledge about anything, better keep your mouth shut. You might think that speaking about something without full knowledge is a trivial matter. But it might have grave consequences [24/15-16]

21. When you hear something malicious about someone, keep a favorable view about him/her until you attain full knowledge about the matter. Consider others innocent until they are proven guilty with solid and truthful evidence [24/12-13]

22. Ascertain the truth of any news, lest you smite someone in ignorance and afterward repent of what you did[49/6]

23. Do not follow blindly any information of which you have no direct knowledge. (Using your faculties of perception and conception) you must verify it for yourself. In the Court of your Lord, you will be held accountable for your hearing, sight, and the faculty of reasoning [17/36].

24. Never think that you have reached the final stage of knowledge and nobody knows more than yourself. Remember! Above everyone endowed with knowledge is another endowed with more knowledge [12/76]. Even the Prophet [p.b.u.h] was asked to keep praying, “O My Sustainer! Advance
me in knowledge.” [20:114]

25. The believers are but a single Brotherhood. Live like members of one family, brothers and sisters unto one another [49/10].

26. Do not make mockery of others or ridicule others [49/11]

27. Do not defame others [49/11]

28. Do not insult others by nicknames [49/11]

29. Avoid suspicion and guesswork. Suspicion and guesswork might
deplete your communal energy [49/12]

30. Spy not upon one another [49/12] 

31. Do not backbite one another [49/12]

32. When you meet each other, offer good wishes and blessings for safety. One who conveys to you a message of safety and security and also when a courteous greeting is offered to you, meet it with a greeting still more courteous or (at least) of equal courtesy[4/86]

33. When you enter your own home or the home of somebody else, compliment the inmates[24/61]

34. Do not enter houses other than your own until you have sought permission; and then greet the inmates and wish them a life of blessing, purity and pleasure [24/27]

35. Treat kindly
” Your parents
” Relatives
” The orphans
” And those who have been left alone in the society [4/36]

36. Take care of
” The needy,
” The disabled
” Those whose hard earned income is insufficient to meet their needs
” And those whose businesses have stalled
” And those who have lost their jobs. [4/36]

37. Treat kindly ” Your related neighbours, and unrelated neighbours ” Companions by your side in public gatherings, or public transportation. [4/36]

38. Be generous to the needy wayfarer, the homeless son of the street, and the one who reaches you in a destitute condition [4/36]

39. Be nice to people who work under your care. [4/36]

40. Do not follow up what you have given to others to afflict them with reminders of your generosity [2/262].

41. Do not expect a return for your good behaviour, not even thanks [76/9]

42. Cooperate with one another in good deeds and do not cooperate with others in evil and bad matters [5/2]

43. Do no try to impress people on account of self-proclaimed virtues [53/32]

44. You should enjoin right conduct on others but mend your own ways first. Actions speak louder than words. You must first practice good deeds yourself, then preach [2/44]

45. Correct yourself and your families first [before trying to correct others] [66/6]

46.Pardon gracefully if anyone among you who commits a bad deed out of ignorance, and then repents and amends[6/54, 3/134]

47. Divert and sublimate your anger and potentially virulent emotions to creative energy, and become a source of tranquility and comfort to people [3/134]

48. Call people to the Way of your Lord with wisdom and beautiful exhortation. Reason with them most decently [16/125]

49. Leave to themselves those who do not give any importance to the Divine code and have adopted and consider it as mere play and amusement [6/70]

50. Sit not in the company of those who ridicule Divine Law unless they engage in some other conversation[4/140]

51. Do not be jealous of those who are blessed [4/54]

52. In your collective life, make rooms for others [58/11]

53. When invited to dine, Go at the appointed time. Do not arrive too early to wait for the preparation of meal or linger after eating to engage in bootless babble. Such things may cause inconvenience to the host [33/53]

54.Eat and drink [what is lawful] in moderation [7/31].

55. Do not squander your wealth senselessly [17/26]

56. Fulfill your promises and commitments [17/34]

57.Keep yourself clean, pure [9/108, 4/43, 5/6].

58. Dress-up in agreeable attire and adorn yourself with exquisite
character from inside out[7/26]

59. Seek your provision only by fair endeavour [29/17, 2/188]

60. Do not devour the wealth and property of others unjustly, nor bribe the officials or the judges to deprive others of their possessions [2/188]

May Allah subhanahu wa ta’ala make us from those who hear the advice and put it into action! Ameeen

Jazak Allah Khair for reading.

source

Posted on

Kisah Neraka Jahannam

Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (Nota kefahaman: Iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah S.A.W: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasrani bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Rasulullah S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Rasulullah S.A.W di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”

Kemudian Rasulullah S.A.W menangis, Jibrail juga menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa:

  • Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Posted on

Why Am I So Sad

Feeling down? Got the blues? You’re not alone. Everyone gets sad. Yes, everyone you’ve ever met. Some people have sad feelings just once in a while, and others may have sad feelings pretty often. More than half of teenagers go through a sad period at least once a month and plenty of younger kids do, too.

When you’re in a sad mood, it may feel like it will last forever, but usually feelings of sadness don’t last very long — a few hours or maybe a day or two. A deeper, more intense kind of sadness that lasts a lot longer is called depression

What Is Sadness?

Sadness is a feeling — it’s one of the many normal human emotions, or moods, we all have. Sadness is the emotion people feel when they’ve lost something important, or when they have been disappointed about something, or when something sad has happened to them or to someone else. When they’re lonely, people often feel sad.

When you’re sad, the world may seem dark and unfriendly. You might feel like you have nothing to look forward to. The hurt deep inside may crush your usually good mood.

Sadness makes you feel like crying, and sometimes the tears are hard to stop. Crying often makes you feel better.

Sometimes when your mood is sad, you just feel like being alone for a little while. Or you might want someone to comfort you or just keep you company while you go through the sad feeling. Talking about what has made you sad usually helps the sad feeling melt away.

When sadness starts to go away, it can feel like a heavy blanket is being lifted from your shoulders.

When Is It Natural to Feel Sad?

Feeling sad every once in a while is natural. Maybe you didn’t get something you really wanted. Maybe you miss somebody. Maybe somebody you really like doesn’t want to be friends, and you don’t feel so great about yourself. Maybe an illness or condition gets in the way of doing some things you want to do or makes you different from your friends. There are lots of reasons that people feel sadness.

Most of the time, sadness is because of a loss or separation, a difficult change or disappointment about something, or relationship problems.

Loss and Separation

This is the most common cause of sadness. It’s a very sad thing to lose someone or something that you care about. There are many kinds of loss. The death of a relative, friend, or pet can bring weeks or months of sad feelings. The kind of sadness you feel from the death of a loved one has a special name — grief.

Other kinds of loss or separation from important people can also bring sadness, like people close to you getting a divorce. Sometimes it is hard to think straight because you cannot get your mind off your loss. Usually, the load of sadness you carry after a loss will lighten over time, although for a really big loss, there may always be a little bit of sadness left.

Changes

Changes that involve leaving something (or someone) behind, likemoving to a new town or changing schools and leaving old friends can make you feel sad, too. The arrival of a new brother or sister may make you feel sad even though everyone thinks you should be happy to have a new sibling.

Disappointments

Disappointments like losing a game you hoped to win, getting a poor grade, or not being invited to a party can cause sadness. Sadness is a natural reaction to those things. How sad a person feels is usually related to how big or small the loss or disappointment is.

Relationships

Relationships bring happiness and fun much of the time. But tension or conflict in important relationships, or relationships that break up, can cause sadness, too. Many kids fight with family members, especially their parents, in the struggle to grow up and gain independence.

People often feel sad when all is not right between them and their loved ones, or when they get criticized or yelled at a lot. They fight about things like money, clothing, haircuts, school, and friends. In school, problems with teachers and grades may cause some sadness as well.

More Stuff That Makes Kids Sad

Other kids, both friends and enemies, can cause hurt feelings and sadness through fighting, teasing, peer pressure, not giving you support, or leaving you out of group activities. Feeling misunderstood by people close to you can lead to feelings of sadness.

Sometimes with sadness, there are other feelings mixed in, too. When you’re sad, you might also feel angry or guilty. You might feel like blaming others or blaming yourself. Some kids mistakenly think that sad events like death, illness, or divorce are all their fault — but this isn’t true. Kids don’t cause these things to happen.

When Is Sadness a Problem?

If a sad feeling goes on for too long, hurts too deeply, and makes it hard for you to enjoy the good things about your life, it’s called depression.

Here are some of the signs and symptoms of depression:

  • feeling empty or numb
  • feeling hopeless (like there’s nothing to look forward to)
  • feeling guilty or worthless
  • feeling lonely or unloved
  • feeling irritable and annoyed a lot (every little thing gets on your nerves)
  • feeling like things are not fun anymore
  • having trouble keeping your mind on schoolwork or homework or getting bad grades
  • having trouble keeping your mind on things like reading or watching TV or not remembering what a book or a TV show was about
  • having less energy and feeling tired all the time
  • sleeping too much or not enough
  • not eating enough and weight loss or eating too much and weight gain
  • thinking about death or thinking about suicide
  • spending less time with friends and more time alone
  • crying a lot, often for no reason
  • feeling restless (being unable to sit still or relax)
  • having certain body feelings, like lots of stomachaches,headaches, or chest pain

People who have depression may not even know it. Often it’s a parent or teacher who notices behavior changes like the ones in the list above. Depression can run in families. Having a parent who gets depressed makes it more likely for a kid to become depressed.

Some kids have depression after the loss of someone really close, such as a parent; long-lasting problems at home, including violence, illness, divorce, or alcohol or drug use; child abuse or neglect; rape; and long-term illness, burns, or accidents. But sometimes kids may be depressed for no apparent reason.

Getting Help

Kids, teens, and adults can get depression. It’s very important for people of any age who have depression to get help. When they do, they can get better quickly. Sometimes treatment involves talking to someone who knows all about depression. Sometimes medications can help depression heal. Sometimes both of these things are used.

If you think you have depression or you just have sadness that simply will not go away, it is important to talk to an adult about it: a parent, relative, doctor, teacher, guidance counselor, coach, or close adult friend. This person can help you find the right type of treatment. Many cities also have mental health hotlines or suicide hotlines that are listed in the phone book. There is always somebody to talk to when you are sad or if you are depressed — somebody who can help. Life is always going to be tough, you will not always get what you want, but remeber, there is always someone that loves you, and their life depends on you. even though you lost hope, live your life for them.

Posted on

CABARAN MENJADI GOLONGAN GHURABA

 

CABARAN MENJADI GOLONGAN GHURABA 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Banyak perkara yang mengelirukan kita pada akhir zaman ini. Kita hidup di zaman yang penuh kekeliruan. Pemikiran kita bercampur-campur. Antara kekalutan situasi yang ada dan kerencaman pelbagai anasir yang wujud dalam menyelesaikan kekalutan itu. Banyak ketulenan sudah hilang. Agama yang asal juga diubah menurut kehendak penaja yang bercakap mengenainya. Bercampur baur antara sunnah dan bidaah. Semua perkara didagangkan, demikian agama juga dilelong. Siapakah yang jujur sukar dicari.

Setiap produk samada barangan ataupun politik cuba dikaitkan dengan nama agama untuk dilariskan jualannya. Agama dibengkuk dan dibentuk menurut kehendak pasaran. Pasaran makanan, pasaran pakaian, pasaran politik, pasaran pendidikan dan seumpamanya diberikan nama agama. Sehingga dari produk makanan, pakaian, politik dan segalanya ‘dicelup’ nama Islam. Kita pun sukar hendak pasti antara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan jujur keranaNYA, dan yang bertujuan mendekatkan wang kepadanya dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.

Inilah yang berlaku kepada golongan Ahlul Kitab yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini dari sisi Allah”, supaya mereka (dengan perbuatan itu) dapat membelinya dengan harga yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”. (Surah al-Baqarah, ayat 79).

Itulah Ahlul Kitab, mereka menggunakan nama Allah untuk produk diterima sekalipun ia sama sekali tidak berasal dari Allah dan hanya bidaah dan rekaan mereka semata.

Golongan Sedikit

Malangnya, di akhir zaman golongan yang menjadikan agama itu bersimpang siur telah menguasai keadaan. Sesiapa yang enggan dia tersepit di tengah ombak kecelaruan yang mengkaburkan. Banyak pendapat dan andaian muncul di sana-sini; sehingga kita tertanya-tanya siapakah yang jujur, siapakah yang berdagang agamanya. Siapakah yang patut kita bela? Inilah suasana dunia yang membaluti kita hari ini. Pendirian agama kita dipaksa oleh orang lain. Kita tidak diberi kebebasan berpegang dengan apa yang kita yakin dari dalil-dalil yang kita baca dari al-Quran dan Sunnah. Itu kadang-kala dianggap menyanggahi majoriti.

Kita tidak menafikan masih ada golongan yang soleh, tetapi mereka itu sedikit di akhir zaman, merekaghuraba`. Nabi bersabda:

“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).

Kata al-Imam Ahmad: “Jika mereka bukan ahlul hadis, aku tidak tahu siapa lagi”. Ertinya golongan yang berpegang kepada nas-nas Nabi s.a.w. itu akan tetap ada, ditentang dan dilawan, namun tetap bangkit.

Ya, di akhir zaman, golongan ini minoriti. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:

“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).

Ghuraba`


Ghuraba` atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, seperti mana seseorang yang pergi ke tempat baru yang dia tidak dikenali. Maka, dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk diselesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi.

Kedua; asing di sudut ruh dan pemikiran. Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyarakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing disebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, dikecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya, atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi s.a.w bersabda:

“Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).

Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompok mereka, samada kabilah keturunan atau kumpulan-kumpulan yang wujud dalam dunia hari ini.

Biasanya, setiap puak mahu kita mengiyakan sahaja apa yang mereka kata. Jika mereka bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, kita sokong semua tindakan bangsa atau kabilah kita. Jika amalan tradisi yang bidaah dalam masyakat, disuruh terima sekalipun menyanggahi kitab dan sunnah. Kalau parti politik mereka mahu supaya kita tunduk kepada mereka samada yang benar atau yang salah. Demikian kumpulan dan organisasi dan seumpamanya.

Bagi mereka, jika tidak tunduk sepenuh itu tidak ada pendirian. Menyokong sebahagian perkara, berbeza dalam beberapa perkara dianggap berpendirian tidak teguh, kerana paksi mereka itu adalah kumpulan atau bangsa. Namun, golongan ghuraba’, paksi mereka adalah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Mereka itu‘Allah centric’, berpaksikan Allah dalam keputusan, sekalipun terpaksa berkorban jawatan, nama, rakan dan kedudukan.

Amatlah sukar untk hidup sebagai ghuraba`. Tekanan perasaan dan jiwa akan melanda. Mungkin mudah untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, mereka dijanjikan syurga. Janji Nabi s.a.w:‘Beruntunglah ghuraba’. Golongan ghuraba’ bukan asing dinisbahkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah, tetapi asing dinisbah kepada keadaan sekeliling yang berbeza dengan kedua sumber agung itu. Namun, apakah pilihan yang ada, sedangkan Allah mengingatkan Nabi s.a.w: (maksudnya)

“Jika engkau taat kepada kebanyakan mereka di bumi ini, nescaya mereka menyesatkan engku dari jalan Allah” (Surah al-An’am, 116).

Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba’, berlari mencari keredhaan Allah, sekalipun dimusuhi makhluk. Firman (maksudnya):

“Maka larilah kepada Allah” (Surah al-Zariyyat, 50).

Hidup sebagai ghuraba’ bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakkal, keikhlasan, kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan, tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba’. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan.

Posted on

Motivasi: Tenaga Yang Terganggu?

“Hei, kenapa aku rasa lemah ha kebelakangan ni? Belajar malas, bangkit Subuh pun lewat, rasa nak baca Al-Quran pun kurang. Kenapa ha?”

Soalan yang kalau pun tak keluar dari mulut kawan anda kepada anda, atau anda kepada kawan anda, soalan ini akan keluar daripada diri anda kepada diri anda sendiri. Benar atau tidak?

Ya. Kenapa tiba-tiba lemah datang. Seakan mendodoi tubuh untuk berhenti. Cukup-cukuplah, seakan itu yang berbunyi. Kadangkala, ada yang lebih menakutkan.Tidak berbunyi apa-apa. Tiba-tiba sahaja sudah berada dalam keadaan lemah.

Mengapa dan mengapa?

Dan bagaimana pula hendak membasminya?

 

Konsep tenaga dan sumbernya

Kita memahami bahawa, bumi ini menerima tenaga daripada matahari. Ya, tenaga ada sumbernya. Begitu juga tenaga elektrik, sumbernya daripada loji janakuasa mungkin. Kalau loji janakuasa diletupkan, semestinya elektrik akan hilang dari gapaian. Kalau matahari malap, aha, masa itu tandanya adalah kiamat.

Begitulah juga sebenarnya kekuatan kita. Bukan saya hendak bincangkan kekuatan maddi(material) yang mana kalau muscle anda tak kuat, tandanya anda kurang bersenam, atau sekiranya anda lemah-lemah badan tandanya anda tidak cukup gizi seimbang dan sebagainya. Saya hendak cakap berkenaan kekuatan maknawi, yakni kekuatan yang tidak mampu kita nampak, tetapi kita mampu rasa. Yang tak mampu dibina dengan semata-mata gerak kerja fizikal. Kekuatan yang akan mengepam ruh kita dengan tenaga untuk bekerja sebagai hambaNya.

Kekuatan itu, ada sumbernya.

Sumbernya adalah Allah SWT. Ya. Dan yang mampu menyalurkan kekuatan kepada kita, adalah hubungan kita dengan Allah SWT.

 

Punca kelemahan

Ada beberapa punca kelemahan.

1 – Dosa.

2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.

3 – Mendatar dan tidak melakukan peningkatan serta penjagaan.

Ya. Mari kita perhatikan satu persatu akan tiga hal di atas.

 

1 – Dosa.

Dosa adalah hijab antara kita dengan Allah SWT. Sebab sebenarnya, antara dua perkara yang tidak akan bersatu dalam satu masa adalah Cintakan Allah, dan Cintakan Keingkaran kepadaNya. Justeru, dosa menganggu hubungan kita dengan Allah SWT.

Bila jalan kepada sumber tenaga kita terganggu, semestinya tenaga tidak akan tersalur dengan baik kepada kita, bukan?

Sebab itu kita perasan, bila kita banyak melakukan dosa, hatta yang kita sangka ringan sekalipun, itu semua akan melemahkan kita untuk mendekatiNya. Kita akan jadi semakin malas, semakin penat, semakin lelah. Lama kelamaan, sekiranya kita tidak hentikan, dan lawan dengan mengeraskan diri menambah kebaikan, kita akan tewas, terjerumus ke lembah kehinaan.

2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.

Ya, ada orang tu niat asal dia dah cantik dah. Buat ini kerana Allah. Nak dapat redha Allah SWT. Namun akhirnya, bila di tengah-tengah perjalanan, dia diuji dengan kejelasan matlamatnya. Mungkin ada orang puji dia soleh, mungkin ada orang tercinta nak dia berjaya dalam peperiksaan, mungkin ada ‘ism’ lain yang akhirnya menyebabkan dia menukar haluan matlamatnya.

“Aku beribadah ni, nak impress dia lah.”

“Dapat markah cemerlang, sah-sah orang puji dan pandang tinggi.”

Ya, ini semua akan melemahkan anda. Perlahan-lahan menghakis tenaga dalaman anda. Sebab hubungan kita dengan Allah SWT ketika itu telah terganggu. Maka tenaga yang tersalur kepada kita juga akan terganggu.

Nak bekerja keras tatkala tidak dilihat orang, akan jadi sangat sukar.

“Alah, bukan ada sesiapa tengok.” Dan kita akan terus jatuh dan jatuh.

3 – Mendatar dan tidak peningkatan serta penjagaan.

Kumpulan ini kumpulan asalnya yang bagus. Tetapi masalahnya, mendatar. Tiada peningkatan. Hari-hari baca Al-Quran 10 mukasurat, tanpa buat penambahan, atau kreatifkan lagi suasana pembacaan Al-Quran. Hari-hari Solat Subuh di Masjid yang sama, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana Solat Subuhnya. Hari-hari studi sendiri, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana studinya.

Lama-kelamaan, bosan menerjah. Dan perlahan-lahan semangat mengendur. Lalu jatuh dan tidak lagi istiqomah.

Ya, mendatar itu sebenarnya bukan satu istiqomah. Mendatar hanya akan membawa kepada kehancuran. Istiqomah walaupun secara literalnya bermaksud berterusan, tetapi secara konseptualnya istiqomah bererti meningkat sedikit demi sedikit dalam keadaan berterusan.

 

Penyelesaian

Melihat kepada permasalahan, saya yakin kita sudah dapat menjangka penyelesaiannya.

1 – Kurangkan dosa. Padamkan terus jika mampu. Kurangkan dosa ini, tak berfungsi kalau tak disertai dengan banyakkan beribadah. Ada orang, dia tak nak buat dosa, dia pergi tidur. Ini tindakan yang hanya separuh bijak sahaja. Sebab, tidur tak memberikan dia apa-apa. Buat kebaikan seiring dengan meninggalkan dosa. InsyaAllah kekuatan akan bertambah dan diri akan jadi lebih bersemangat. Ya la, laluan tenaga dari sumbernya tak terganggu. Semestinya bertenaga!

2 – Jaga niat. Sentiasa perbaharui. Rajin-rajin muhasabah. Ya, ini penting. Ramai orang kadang-kadang tak tersedar yang dia dah tersasar dari niat dia yang sebenar. Salah niat ni, ala-ala salah masuk lorong la. Nak pergi rumah Pak Samad, masuk lorong pergi rumah Mak Senah. Memang pergi rumah Mak Senah la jawabnya. Kemudian kena selalu minta kawan-kawan tolong peringatkan diri. Kadang-kadang kita ni lupa diri.

3 – Bab mendatar ni, sebenarnya kita kena belajar meningkat. Kalau selama ini baca Al-Quran 10 muka surat, kita cuba la sedikit demi sedikit tambah. Kemudian, kalau rasa banyak sangat(ya la, sampai satu hari tu, dah satu juzu’ baca.) mungkin kita boleh kreatifkan dengan baca maknanya sekali ke. Boleh juga kreatifkan lagi dengan tukar jadi tadarus bersama rakan-rakan sambil betulkan tajwid. Benda-benda ini membakar lagi semangat kita untuk terus berada dalam kebaikan, mendapat tenaga daripada Allah SWT. Studi pun sama. Kreatifkan. Dari terperuk dalam bilik, cuba studi di library, cuba studi bersama rakan. Dari studi tak ada jadual, cuba berjadual dan sebagainya. Solat Subuh, kalau selama ini sekadar Solat Subuh sahaja, apa kata tambah dua rakaat sunat sebelum Subuh. Apa kata tambah Al-Mathurat selepas Subuh. Penambahan yang saya maksudkan, begitulah. Bukannya pergi tambah dua rakaat Subuh jadi empat. Hem…

 

Penutup: Tenaga akan tersalur semula

Bila selesai benda-benda ini, tenaga akan tersalur semula kepada kita. Kekuatan akan kembali hadir. Dan kita akan kembali bersemangat.

Hakikatnya, apa yang kita bincangkan di dalam artikel ini bukan terikat hanya kepada beberapa contoh yang saya beri. Benda ini boleh juga berjalan kepada penulisan blog, kepada gerak kerja organisasi dan sebagainya.

Pokok pangkalnya, mari kita lihat semula hubungan kita dengan Allah SWT, dan memerhatikan keseriusan kita dalam meningkatkan diri dan kualiti amal kita.

Semoga dengan itu, kita akan terus bersemangat, bertenaga, dan meningkat dalam menjadi hamba Allah SWT.

Mari Menjadi Hamba!


Dipetik daripada : http://langitilahi.com/2011/06/13/motivasi-tenaga-yang-terganggu/#more-2855

Posted on

Who Is the Richest Person In the World?

According to this year’s Forbes Rich List, there are 1,210 billionaires on the planet. Bill Gates, who has given away a large chunk of his fortune to charity, no longer reigns as the wealthiest among them as he did from 1996 to 2008. Gates lost his place two years ago to Carlos Slim Helu, a Mexican telecom magnate. Warren Buffett comes in at a close third behind Helu and Gates… if, in fact, you can call a gap of $6 billion “close.”

Here’s the latest top-10 line-up, as seen at Forbes.com:

ABOUT THEM

1. Carlos Slim (Mexico) – $74 billion, telecommunications

Slim, 71, first showed a business talent as a 10-year-old selling drinks and snacks to his family. After studying engineering, he founded a real estate company and worked as a trader on the Mexican stock exchange. Cigar-smoking Slim is known for a “Midas touch” in acquiring struggling firms and turning them into cash cows.

His enormous wealth contrasts starkly with his frugal lifestyle. He has lived in the same house for about 40 years and drives an aging Mercedes Benz, although it is armored and trailed by bodyguards.

He has become involved in combating poverty, illiteracy and poor healthcare in Latin America and promotes sports projects for the poor, but has never voiced plans to give away large chunks of his wealth to charity.

2. Bill Gates (USA) – $56 billion, Microsoft

Sensing the start of a personal computer revolution, Gates, 55, dropped out of Harvard University in 1975 to start Microsoft and pursue a vision of a computer on every desk and in every home. Microsoft went public in 1986 and by the next year, the soaring stock made Gates, at age 31, the youngest self-made billionaire.

In 2008 he stepped down from what is now the world’s largest software firm to work at The Bill and Melinda Gates Foundation. He has given $28 billion to it.

Together with his wife Melinda and Warren Buffett, he has also convinced 57 U.S. billionaires to sign up to the Giving Pledge and publicly vow to give away at least 50 percent of their fortune during their lifetime or upon their death.

3. Warren Buffett (USA) – $50 billion, Berkshire Hathaway

Buffett, 80, has run his Omaha, Nebraska-based conglomerate since 1965. Its interests run from railroads to ice cream.

In 2006 he pledged to give away 99 percent of his wealth to the Bill and Melinda Gates Foundation and family charities. So far he has given $8 billion to the Gates Foundation.

4. Bernard Arnault (France) – $41 billion, LVMH

Arnault, 62, a friend of French president Nicolas Sarkozy, was educated at the prestigious Ecole Polytechnique and joined his father’s construction company at 25. He earned the reputation of a ruthless corporate raider after pushing out shareholder rivals when he started building the LVMH group in the 1990s with the Louis Vuitton, Moet and Hennessy brands.

It is now the world’s biggest luxury goods group. His image as a predator stuck to him afterward when he fought in vain to acquire Gucci in 1999 and 2000. Then this week he snapped up Roman jeweler Bulgari for $5.18 billion.

5. Larry Ellison (USA) – $39.5 billion, Oracle Corp

Ellison, the flamboyant Oracle founder and CEO, is known for his free, public outbursts against rivals such as German software maker SAP AG. The executive, supposedly a model for the “Iron Man” movie character Tony Stark, late last year attacked Hewlett Packard and its board for the abrupt and — he said — unfair sacking of longtime friend Mark Hurd. Ellison then hired him.

Ellison, who won yachting’s America’s Cup last year, is considered one of the “old guard” of Silicon Valley.

6. Lakshmi Mittal (India) – $31.1 billion, steel

London-based steel tycoon Mittal, 60, runs ArcelorMittal, the world’s largest steel manufacturer.

Mittal’s firm is largely funding a $29 million spiraling red tower, designed by Turner prize-winning artist Anish Kapoor and taller than New York’s Statue of Liberty, that will soar over London’s Olympic Park for the 2012 games.

In 2005 he spent $10 million to promote sporting talent and encourage potential Olympians in his homeland after he was disappointed by India’s lone medal at the Athens Games.

7. Amancio Ortega (Spain) – $31 billion, retail

Amancio Ortega, 74, started his clothing business in the 1960s making dressing gowns in his garage in La Coruna. His company Inditex owns the Zara fashion house and is now the world’s biggest clothing retailer. Ortega closely guards his privacy and does not give media interviews. He announced in January that he plans to step down as chairman of the company.

8. Eike Batista (Brazil) – $30 billion, mining, oil

A half-German college dropout who for years struggled to emerge from the shadow of his well-known father, Batista has long said he wants nothing less than to be Brazil’s and the world’s richest person. Everything about the 53-year-old — from the Mercedes-Benz SLR McLaren sports car he keeps as decoration in his parlor to the “X” in the name of all his companies that represents wealth multiplication — screams of unashamed ambition.

A top-class speedboat racer who was married to a famous Rio de Janeiro Carnival queen, Batista dined with U.S. pop star Madonna in Rio last year and, according to local reports, handed her a check over dinner for $7 million as a donation for her social projects.

He has a burning ambition to transform Rio into a modern, thriving city. Just before Rio was awarded the 2016 Olympic Games, he bought up a nearby marina that will be a hub of the games — an example of his eye for a well timed deal.

9. Mukesh Ambani (India) – $27 billion, petrochemicals, oil and gas

A chemical engineer by training, Mukesh, 53, dropped out of an MBA from Stanford University and joined Reliance in 1981.

Mukesh, who said in 2009 he would take a two-thirds pay cut after the Indian prime minister’s comments on “vulgar salaries,” gave his wife a private jet on her birthday. He also splashed out $1 billion on a 27-story home. He has a volatile relationship with his younger brother Anil, and they have fought over interests from oil and gas, retail, telecoms, entertainment, financial services to infrastructure.

10. Christy Walton & family (USA) – $26.5 billion, Wal-Mart

Christy Walton is the widow of John Walton, who was the son of Wal-Mart founder Sam Walton. Sam Walton built the global Wal-Mart empire from a single dime store in Arkansas. It is now the world’s largest retailer

 

InsyaAllah..my name must be there someday !!!

Posted on

These Five Great Quotes Weave the Story of Our Lives

“Happiness, that grand mistress of the ceremonies in the dance of life, impels us through all its mazes and meanderings, but leads none of us by the same route.”
Charles Caleb Cotton

“If it is to be, it is up to me.”
William H. Johnson

“If one advances confidently in the direction of one’s dreams, and endeavors to live the life which one has imagined, one will meet with a success unexpected in common hours.”
Henry David Thoreau

“When you make a decision, the universe conspires to make it happen.”
Ralph Waldo Emerson

“For all sad words of tongue and pen, the saddest are these, “It might have been.”
John Greenleaf Whittier

 

Posted on

Lagu Semangat

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Posted on

Antara jari dan tasbih?

Jangan guna tasbih, tasbih tu bid’aah? Pakcik tak boleh guna” kata seorang pemuda dengan keras dan lantang kepada pakcik imam sebuah surau kampung. Pakcik imam menjawab sambil tersenyum, ”Takpe, saje je nak guna tasbih ni, biasanya pakcik guna jari”.

Begitulah gambaran satu senario yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita. Tulisan ini tidak mahu membincangkan soal cara dan uslub pemuda tersebut menegur pakcik imam tadi. Situasi di atas agak keras, kasar dan tidak sesuai. Agak keterlaluan jika terus membidas seseorang dengan kata-kata bid’ah. Jika ingin menegur ada cara dan uslub yang lebih baik. Tulisan sederhana ini hanya ingin mengenengahkan isu penggunaan tasbih dan jari dalam zikir, antara kedua-dua cara manakah yang lebih baik? Alat tasbih di sebut subhah dalam bahasa Arab dan dikenali dengan nama tasbih dalam masyarakat Melayu. Ada segelintir orang memang suka menggunakan tasbih, sehingga setiap masa dalam poket baju melayunya ada tasbih. Manakala segelintir lagi, langsung tidak suka menggunakan tasbih, bahkan dia mampu juga berzikir. Zaman sekarang sebagai ganti kepada rantai, muncul rekaan terbaru sejenis alat yang diperbuat daripada besi mengandungi nombor, orang yang berzikir hanya memetik dengan ibu jari atas butang yang disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki. Tetapi, antara penggunaan jari dan alat-alatan seperti itu yang manakah lebih baik?. Guna rantai tasbih atau guna jari? Walaupun tujuan kedua-duanya adala sama, iaitu untuk membilang zikir yang dibaca, tapi ia tetap ada perbezaan.

Sebenarnya ramai cendekiawan Islam yang menulis berkenaan hukum atau sejarah penggunaan rantai tasbih. Mungkin yang terawal ialah Imam al-Suyuti (wafat 911H) dalam tulisan beliau yang bertajuk ”al-Minhah fi al-subhah”. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibn Tulun (wafat 953H) dengan nama ”al-Mulihhah fi ma warada fi asl al-subhah”. Selepas itu, muncul al-Sheikh Abd al-Hayy al-Laknawi (wafat 1304H) yang mengarangkan kitab ”Nuzhat al-Fikr fi subhat al-zikr”. Beliau hanya menyebut riwayat dan hukumnya. Namun kesemua karangan tersebut cenderung kepada pensyariatan menggunakan alat tasbih itu. Satu karya semasa yang menarik minat penulis ialah ”al-Subhah tarikhuha wa hukmuha” karangan al-Sheikh Bakr Abu Zayd. Beliau mengkaji sejarah kewujudan penggunaan tasbih dalam peribadatan umat-umat lain seperti Budha, Hindu dan Nasrani serta bagaimanakah kemasukannya dalam Islam melalui puak Rafidah, dan ahli sufi. Menurut beliau, dalam sejarah orang Arab sebenarnya mereka tidak pernah mengenali nama ’al-subhah’. Penggunaan tasbih adalah tashabbuh (meniru) cara puak-puak agama lain sedangkan sunnah mengajar kita menggunakan jari.

Berzikir menggunakan jari adalah satu sunnah dalam Islam sama ada jari kanan atau kiri. Ini adalah amalan turun temurun di kalangan orang-orang Islam. Selepas zaman sahabat dan zaman awal tabi’in baru masuk penggunaan zikir dengan biji atau batu yang disusun dengan benang. Kemudian ia dikenali dengan nama al-subhah dan menjadi lambang gerakan sufi yang melampau atau rafidah. Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa elok digantung pada leher dan menjadi lambang para malaikat.

Hal yang perlu diketahui ramai ialah, sabit dalam sunnah sama ada secara qawli, fi’li atau taqriri bahawa yang diajar ialah mengira zikir dengan menggunakan jari. Cara inilah yang dilakukan zaman berzaman. Ia membuktikan bahawa Islam ini mudah dan hukum-hukumnya berada dalam lingkungan kemampuan umat Islam. Namun, apakah penggunaan alat tasbih yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita itu salah dan terus boleh dilabelkan sebagai bid’ah? Tidak sesekali perlu dilabelkan seperti itu, bahkan ini mungkin akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Dari segi sejarahnya, Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam membilang zikir dengan jari jemari. Tiada satu hadis sahih yang diriwayatkan tentang zikir menggunakan batu atau biji-bijian. Kebanyakan hadis yang disebut adalah hadis yang lemah. Selepas itu muncul alat subhah atau rantai tasbih. Sumber-sumber sejarah menyatakan bahawa subhah ini adalah benda baru yang dimasukkan dalam agama Islam. Ada pendapat mengatakan bahawa ia mula dikenali sejak 800M. Ia adalah antara cara peribadatan kalangan penganut budha, hindu dan lain-lain. Banyak sumber-sumber sejarah yang dikemukakan oleh Syeikh Bakr Abu Zayd r.h antaranya ialah al-mawsu’ah al-arabiyyah al-muyassarah, dairah al-ma’arif al-Islamiyyah dan fatawa Rashid Rida.

Maka, ditegaskan bahawa rantai tasbih atau biji tasbih yang digunakan untuk membilang tasbih atau zikir yang dilakukan oleh seseorang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan pada zaman sahabat ataupun tabi’in rantai tasbih ini masih tidak digunakan. Oleh kerana itu, sesetengah pakar sejarah berpendapat ia mula dikenali dalam masyarakat Islam apabila dibawa masuk oleh masyarakat non muslim. Justeru, sebahagian ulama mengkategorikan ia sebagai bid’ah. Dalam Islam, semenjak zaman para al-salaf al-soleh, mereka membilang bilangan tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan jari jemari. Ada riwayat yang mengatakan sebahagian al-salaf membilang tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan batu-batu kecil. (Al-Sharbasi, Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah 6/477). Namun riwayat-riwayat tersebut dihukumkan lemah oleh ulama. (Bakr Abu Zayd, al-Subhah 7-16).

Justeru, kesimpulan yang saya boleh buat di sini, tidak perlulah dilabelkan seseorang pembawa bid’ah sekiranya niat dan tujuan ia menggunakan alat tasbih adalah hanya untuk membilang zikirnya. Sheikh Uthaimin dan al-Sharbasi ada menegaskan sekiranya seseorang mempunyai niat ikhlas menggunakan rantai tasbih untuk membantunya membilang jumlah tasbih dan zikir, maka ia tidak salah. Manakala jika sekiranya, seseorang menggantungkan rantai tersebut pada tengkuk dan lehernya semata-mata kerana tujuan riya’, menunjuk-nunjuk atau sebagainya, ia adalah perbuatan yang dilarang. Begitu juga sekiranya ia sentiasa memegang rantai tasbihnya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk bermain-main tanpa berzikir sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, maka ia wajib dihindari. InsyaAllah, mudahan-mudahan masyarakat Islam di Malaysia tidak ada yang melakukan perbuatan seperti itu.

Namun yang perlu ditekankan ialah lebih afdhal baginya menggunakan jari jemarinya sendiri. Hal ini kerana menggunakan jari adalah cara sunnah yang diajarkan Nabi s.a.w. serta ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Tambahan pula, jari-jari yang digunakan untuk membilang zikir-zikir tersebut akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat nanti. Firman Allah Taala (Yasin : 65) :
Maksudnya : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan”.
Sabda Nabi s.a.w kepada wanita :

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ

Maksudnya : “Wahai sekalian wanita, gunalah jari jemari (untuk membilang zikir) kerana sesungguhnya ia akan disoal dan berkata-kata”.
Oleh itu, untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi zikir kita, seeloknya kita mengikut cara tunjuk ajar sunnah Nabi s.a.w. Mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan dan niat ikhlas kita untuk menjadi pengikut setia Rasulullah s.a.w.

http://albaruhiyy.wordpress.com/2009/04/01/antara-jari-dan-tasbih/