Advertisements

JOM KENAL IBLIS LAKNATULLAH…

As-salamu `alaykum wa rahmatullah…… Bismillahir Rahmanir Rahim…

JOM KENAL IBLIS LAKNATULLAH…
IBLIS…THE TWO HORNED UGLY BEAST…
                Syaitan dari sudut istilah bermaksud memberontak, dan itu menggambarkan siapa saja yang buruk akhlak dan berusaha untuk menjauhkan manusia dari ketaatan kepada Allah sama ada dia berasal dari golongan JIN atau MANUSIA.
Firman Allah

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” Surah Al An’aam ayat 112
                Secara umum, istilah ini merujuk kepada Iblis yang berasal dari jin yang dicipta dari api. Jin adalah seperti manusia yang harus tunduk kepada perintah dan larangan-Nya. Manusia dan jin akan 
dipertanggungjawapkan diatas setiap perbuatan mereka semasa hayatnya.
                Pada mulanya, Iblis selalu bergandingan denga para malaikat dalam beribadat kepada Allah. Dalam Kitab Suci Al-quran, Allah Ta’ala, telah memberitahu kepada kita bahawa permusuhan antara syaitan dan manusia berterusan dari saat diciptakan Nabi Adam. Setelah ditiupkan ruh kepada jasad Nabi Adam, Allah memerintahkan para malaikat untuk bersujud dihadapan Nabi Adam sebagai tanda hormat. Walaupun Iblis bukan malaikat, dia termasuk dalam perintah untuk bersujud kerana ia berusaha untuk meniru para malaikat dalam perilaku dan amal mereka. Namun, Iblis mempunyai sifat takabbur, merasakan dirinya hebat dan menjadikannya sombong.
Ibnu Abbas berkata

“Sebelum dia(Iblis) mengikuti jalan2 dosa dan maksiat, Iblis bersama2 para malaikat dan dikenali sebagai Azazil. Dia antara penduduk bumi dan merupakan salah seorang antara yang paling rajin beribadat dan dia juga seorang yang berilmu dalam kalangan malaikat. Ini menyebabkan dia menjadi sombong…
Jadi Iblis menolak untuk bersujud di hadapan Adam dan berkata,
“ Aku lebih baik daripada dia(Adam), Engkau telah menciptakan aku dari api, dan dia Engkau ciptakan dari tanah liat”
Cerita ini ada dinukilkan di dalam al-Quran
Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.”surah al-A’raaf ayat 12
Pemberontakan ini menyebabkan dia dikeluarkan dari syurga dan dilaknat Allah. Maka Iblis bersumpah untuk memimpin manusia kearah kesesatan. Dan sejak dari saat itu, Iblis berserta syaitan dari kalangan jin dan manusia berusaha untuk mengheret kita untuk bersama mereka di Api neraka.
Maka Iblis adalah musuh terbesar umat manusia…
Thanx for reading…
Advertisements


Categories: Book Review

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: