Advertisements

Bertaubatlah Wahai Manusia..






Syarat2 taubat :
Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
Banyak mana pun dosa kalau bertaubat insyaAllah Allah memberi keampunan..
Ape sebenarnya taubat???

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ” an-Nisa ayat 17
Saat taubat tidak diterima???
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. “an-Nisa ayat 18
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..kerana firman Allah S.W.T : 


“Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?” surah At-taubah ayat 109
“Dan andaikata tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atas dirimu dan (andaikata) Allah bukan Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, (niscaya kamu akan mengalami kesulitan-kesulitan). “
surah an-nur ayat 10..
Setiap kita banyak dosa…jadi kenalah banyak bertaubat…
Pesan Rasullullah :
“kalau kamu tak malu maka berbuatlah sesuka kamu”
*sarcasm dari Rasullullah untuk ahli maksiat, kerana apabila hilangnya rasa malu.  Semua OK jer..
Sedangkan malu juga merupakan salah satu daripada cabang-cabang iman…

*disini semuanya menggunakan ayat2 suci al-quran yang pada pandanganku jelas maksudnya..
=)
kalau ada persoalan post kat komen..kita sama2 bincang..

Thanx for reading…
Advertisements


Categories: Book Review

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: